Buku yang baru dibaca :

Kepimpinan

Penulis : Ustaz Dato’ Haji Yahya bin Othman

Penerbit : Pustaka Aman Press Sdn Bhd

Harga : RM8.00

Buku ini adalah himpunan beberapa kertas kerja yang ditulis oleh almarhum Dato’ Haji Yahya Othman yang pernah dibentangkan oleh beliau di majlis-majlis seminar dan kursus-kursus kepimpinan  sekitar tahun 1995-2010.

Di akhir hayatnya beliau banyak berbicara tentang soal-soal kepimpinan. Baik berhubung kepimpinan jemaah Islam mahupun kepimpinan negeri dan negara. Bahkan semasa hayat beliau adalah di antara orang yang sangat mengambil berat mengenai program tarbiah, usrah dan latihan kepimpinan dengan tujuan untuk melahirkan saf kepimpinan yang terbaik dan membina pimpinan pelapis pada masa depan.

Dalam buku ini pengarang telah mengemukakan kepada kita beberapa peringatan dan garis panduan yang perlu diberi perhatian semasa memilih atau melantik seseorang pemimpin. Begitu juga peringatan dan panduan kepada mereka yang telah menerima amanah kepimpinan, supaya amanah ini dapat dilaksanakan dengan sempurna dan mendapat keredhaan Allah SWT.