Tarikh : 19 Disember 2013

Percutian di Labuan, saya tetap mengisi masa untuk Darussyifa’ Labuan, kebetulan khamis malam jumaat adalah malam rawatan. Walaupun pernah berziarah di sini sebelum ini, tetapi ini pengalaman pertama membantu aktiviti merawat.

Saya mendapat idea dan maklumat yang bagus berdasarkan pemerhatian di dalam premis pusat rawatan ini. Walaupun aktivis perawat agak terbatas, pembahagian tugas agak tersusun. Dua perawat bertugas untuk seorang pesakit yang datang.

Saya sempat membantu tiga pesakit, mereka masuk dengan membawa borang maklumat pesakit yang jelas. Tidak banyak sembang awal, sekadar bertanya khabar sambil membaca maklumat di borang, saya terus meruqyah pesakit. Ada salah satu daripadanya kes berkaitan gangguan. Tidak ketinggalan juga ada kes berkaitan tangkal yang dibawa oleh pesakit yang kemudian dibatalkan sihirnya.

Selepas selesai ruqyah, perawat seorang lagi membantu memberi penerangan tentang cara memanfaatkan air ruqyah, amalan-amalan asas seorang muslim dan nasihat-nasihat yang boleh dibawa pulang nanti. Saya suka penampilan perawat-perawat yang kemas, petugas kaunter dan sebagainya.

Darussyifa' Labuan (1) Darussyifa' Labuan (2) Darussyifa' Labuan (3) Darussyifa' Labuan (4)