Masjid Kg Sg Buton

Khatib : Abu Nuha

Lokasi : Masjid Nur ar-Rahim, Kg Sungai Buton WP Labuan

Mengadakan majlis walimah – kenduri sempena perkahwinan ada perkara yang dituntut dan termasuk dalam ibadah. Ini kerana pernikahan dan penyatuan antara seorang lelaki dan perempuan termasuk sunnah Rasulullah SAW, justeru ia disyukuri atas jodoh yang ditakdirkan oleh Allah SWT dengan mengundang tetamu dan menjamu dengan hidangan tertentu.

Perbincangan khutbah hari ini ingin menzahirkan keadaan masyarakat yang mengadakan walimah di luar daripada tuntutan ibadah tadi. Walimah yang sepatutnya mendatangkan pahala, dibimbangi diganti dengan dosa dan kemurkaan Allah SWT apabila berlaku kemungkaran dan seumpamanya.

Pengantin dan keluarganya yang sibuk dengan pengatur persiapan, kunjungan tetamu yang ramai dan tidak putus sehingga meninggalkan solat fardhu bukanlah sebahagian ajaran agama. Begitu juga pengantin perempuan yang sanggup dan tergamak membuka aurat untuk tayangan tetamu mereka walaupun mungkin dia seorang yang menutup aurat pada kebiasaannya. Maka inilah antara perkara sepatutnya diperbaiki dalam masyarakat kita.