Archive for 15 Disember 2013


Alhamdulillah dapat menziarahi kenduri kahwin anak bungsu kepada Tuan Saberun Abd Kadir yang diadakan di Wisma Wanita Kota Kinabalu hari ni. Semoga Adam dan isteri diberkati oleh Allah SWT sepanjang hayat dunia akhirat. Tugas Adam semakin bertambah sebab sudah ada isteri dan mertua. Tahniah juga kepada Tuan Saberun dan keluarga dapat menantu.

Adam Saberun (1) Adam Saberun (2)

Tarikh : 14 Disember 2013

Lokasi : Pusat Islam, Politeknik Kota Kinabalu, Sepanggar

Dalam meraikan sejumlah besar siswa siswi Politeknik Kota Kinabalu yang baru sekitar 400 orang, pihak Pusat Islam menganjurkan program syakhsiah. Pelbagai tajuk dan aktiviti dianjurkan, termasuk slot ceramah yang saya diundang menyampaikannya. Mudah-mudahan dalam kepemudaan dan kepemudian mereka dikurniakan kekuatan untuk beribadah dan istiqomah melaksanakannya.

Poli KK (1) Poli KK (2) Poli KK (3) Poli KK (4) Poli KK (5) Poli KK (6)

%d bloggers like this: