Ini puteri terakhir semester 6 yang menamatkan hafazannya. Si manis yang tetap gigih menghafaz dan sering berkongsikan masalah dan cabarannya bersama saya. Demikian lumrah sebagai penghafaz al-Quran, adakala ayat-ayatnya mudah diingat dan dihafaz dan adakala pula sebaliknya.

Hari ini hati saya menguntum senyum. Alhamdulillah, selesai sudah tugasan mendengar dan menyemak hafazan anak-anak didik untuk kali ini. Pada semester akan datang saya akan turun ke semester baru, bersama siswa siswi baru dengan mendengar dan mengesahkan hafazan mereka bermula daripada surah al-Fatihah pula, selama 3 tahun berikutnya.

Untuk yang telah bersama susah payah tasmik dan khatam di hadapan dan sisi saya, – Subri – Sadri – Azizah – Azleha  – Afiqah – terima kasih dan tahniah atas kerja keras kalian. Saya berbangga dengan antum semua…

Yun (1) Yun (2) Yun (3) Yun (4) Yun (5) Yun (6)