Tarikh : 11.12.2013

Memilih tarikh yang dianggap ‘cantik’, 11.12.13, Khairul mengkhatamkan hafaz al-Qurannya di hadapan Ustaz Suhaidi Saad pagi semalam. Sayang juga sebenarnya apabila Khairul selama hampir tiga tahun ini sebenarnya saban hari tasmik (memperdengarkan) hafazannya kepada Ustaz Sahiful yang ketika ini sedang berkursus perguruan di Tawau selama 1 bulan.

Anak muda bersuara merdu ini sering dipilih untuk membuat persembahan tilawah al-Quran secara bertarannum, bacaan rawi barzanji, nasyid, menjadi imam solat dan seumpamanya. Kini Khairul berada di penghujung semester 6 bagi menamatkan pengajian di maahad ini yang tinggal berbaki beberapa bulan sahaja lagi.

Suara merdunya akan sentiasa diingati, senyum dan gelagatnya akan terbayang selepas ini nanti. Semoga terus berjaya dalam pengajian, kerjaya dan kehidupan dunia akhirat. Insya Allah.

KP (1) KP (2) KP (3)