Archive for 11 Disember 2013


PASTI Keretapi PASTI Pasir Putih PASTI Petagas PASTI Sembulan PASTI Sri Kepayan

Pencarian penduduk kampung dan pasukan penyelamat terhadap kehilangan seorang anak muda Kampung Sembulan Lama berakhir pada lewat malam 9 Disember apabila mayatnya ditemui setelah pencarian selama dua hari.

Saya dimaklumkan pada pagi isnin 9 Disember akan kejadian tersebut dan sempat berziarah ke kampung tersebut pada sebelah petang. Kamal bin Madasaisai, berumur 21 tahun dipercayai hilang pada sekitar tengahari 8 Disember. Mayatnya ditemui di perairan berhampiran Pasar Safma oleh pemuda-pemuda kampung dalam operasi mencari.

Saya dan sahabat-sahabat sempat menyertai pengebumian jenazah anak muda ini di Taman Perkuburan Sempelang, Sembulan. Datuk kepada Kamal adalah jemaah tetap Masjid Kg Sembulan yang sering menghadiri kuliah mingguan saya di masjid tersebut.

Semoga Allah SWT mengampunkan dosa Allahyarham dan menempatkan di kalangan orang soleh, serta memberi kesabaran sebaik-baiknya kepada keluarga beliau.

Kamal (1) Kamal (2) Kamal (3)

Kamal (4)

%d bloggers like this: