Buku yang baru dibaca :
Penulis : Dr Mujahid Yusuf Rawa
Penerbit : Ilham Centre
Harga : RM25.00
“Saya berpendirian dialog antara agama bukanlah bererti bertolak ansur dalam isu-isu melibatkan aqidah. Hakikatnya ia lebih kepada membina keharmonian di antara penganut-penganut agama yang pelbagai agar tidak mudah terjebak dengan api permusuhan di dalam menangani isu-isu panas.
Bukan menjadi rahsia bahawa ada pihak yang untung jika berlaku ketegangan di antara agama. Pihak sebeginilah yang tidak habis-habis meniup api membakar agar ia sentiaa marak di negara ini.
Justeru, kehadiran buku ini sebenarnya tepat pada masanya. Ia merupakan catatan ringkas Dr Mujahid semasa pengalaman beliau menangani isu-isu panas yang menggugat kedamaian antara agama di negara ini. Pengalaman beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Parit Buntar dikumpulan dalam buku ini bagi pembaca pelbaga kaum mengikuti inisiatif dialog di atas nama Parti Islam Se-Malaysia (PAS)”
Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Al-Mursyidul Am PAS