Archive for 27 November 2013


NAIK MENARA KAWALAN

Menarik juga pemandangan dari atas menara kawalan.

Beberapa pegawai dan staf warga Jabatan Penerbangan Awam memberikan taklimat kepada kami yang berziarah naik ke atas setelah program sambutan Maal Hijrah sebelumnya. Menara ini menurut mereka, berkuasa untuk memberi kebenaran atau tidak bagi sebarang pendaratan atau lepasan kepada mana-mana pesawat.

Sejajar dengan kedudukan landasan yang tidak jauh daripada pantai Laut China Selatan, pemandangan dari atas ini amat indah sekali. Kelihatan pulau-pulau peranginan, laut yang membiru, apatah lagi dipinjamkan kami teropong-teropong bagi melihat pemandangan menawan ini.

Tetapi sebagai warga Maahad, kami berpeluang melihat gambaran maahad dari sisi atas menara ini yang hanya bersebelahan dengan menara kawalan ini. Sangat jelas sekali!

Menara (1) Menara (2) Menara (3) Menara (4)

Tarikh : 27 Nov 2013 (Rabu)

Lokasi : Dewan Enggang, Pejabat Pengarah Wilayah II Kota Kinabalu

Secara kebetulan, genap dua tahun bertugas di Maahad Tahfiz pada bulan ini, saya diundang mengisi slot ceramah Maal Hijrah di jabatan yang berjiran dengan kami di Maahad Tahfiz. Pelajar-pelajar kami sering diundang menghadiri ceramah dan program keagamaan di jabatan ini kerana kedudukan yang bersebelahan, sementelahan warga maahad hanya berjalan kaki ke sini.

Saya pertama kali berceramah di dewan comel ini, bahkan pertama kali masuk ke ruangan jabatan ini. Menarik juga tuan pengarah dan warganya termasuk tetamu dari kalangan jabatan yang akrab dengan mereka diundang sama ke sini.

Ceramah bersempena tahun baru Islam, mengajak audien untuk sama-sama memperbaiki diri, sementara Allah SWT memberi kesempatan bernafas di muka bumi yang semakin mencabar, masa yang semakin suntuk dan umur yang semakin berkurangan. Mengambil iktibar perjuangan Rasulullah SAW menegakkan Islam secara menyeluruh dalam kehidupan mereka.

DCA  (1) DCA  (2) DCA  (3) DCA  (4) DCA  (5)

%d bloggers like this: