Archive for 24 November 2013


tg hj hadi

Sumber : http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=News&file=article&sid=29941

DATO” Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, bukan nama asing dalam politik massa nasional mahupun antarabangsa. Presiden PAS ini adalah individu yang bertanggungjawab dalam merencana dan mewajahkan PAS selepas Almarhum Dato’ Fadzil Mohd Noor pergi meninggalkan kita.

Susuk kepimpinannya terhidup sejak beliau pulang dari luar negara (Mesir) dan menjadi anggota Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) seketika sebelum bergiat sepenuh masa dengan PAS.

Ustaz Hadi memiliki perwatakan yang tegas, namun beliau bisa sahaja tertawa andai lawak mengena. Sangat terkenal dalam gerakan Islam antarabangsa, watak dan ideanya sering ditagih dalam wacana, kolokium mahupun forum di peringkat antarabangsa.

Beliau merupakan anggota persidangan ulama sedunia yang pernah bersidang di Istanbul beberapa bulan lalu bagi membincangkan isu penderitaan umat Islam akibat kezaliman Kudeta Tentera Mesir merampas pemerintahan Dr Mohamed Morsi sebagai Presiden pilihan Mesir yang sah.

Idea dan pandangan beliau sentiasa diiktiraf dunia, malah beliau tersenarai antara pemimpin yang berpengaruh dalam senarai pemimpin gerakan Islam mahupun politik dunia.

Menerajui Dewan Undangan Negeri (Dun) Rhu Rendang sejak beberapa penggal, beliau hanya tewas sekali di Parlimen Marang pada tahun 2004, namun mengekalkannya sejak penggal Parlimen ke-12 dan 13.

Kelibatnya sering dinanti ahli, penyokong, pemerhati, peminat dan kawan serta lawan kerana setiap hujahnya bisa menggugat suasana politik massa.Umno sendiri sejak dahulu memainkan isu ‘Amanat Hadi’ berikutan kenyataannya yang menggugat parti nasionalis itu.

Di Parlimen, beliau sering berhujah dan memberikan perbahasan yang sangat bernas, tidak kiralah dalam bab ekonomi, agama, pentadbiran, massa dan soal hukum hakam agama.

Hujahnya sukar dipatahkan lawan, malah terkadang mendapat pujian kawan dan lawan.Beliau sering menyertai himpunan-himpunan anjuran Pakatan Rakyat, NGO khasnya Bersih dalam membela nasib rakyat dan menyuarakan bantahan berhubung kezaliman.

Pernah ditahan polis semasa Himpunan Bersih 3.0 di KL Central, namun semangat juangnya langsung tidak pudar, malah semakin bertenaga untuk mendepani cabaran dan gelodak kemungkaran pemerintah.

Ustaz Hadi merencana politik massa selepas ketiadaan Almarhum Ustaz Fadzil dengan gaya kepimpinan yang mirip kepada gerakan Ikhwanul Muslimin sementara dibantu timbalannya yang bersilih ganti, bermula Allahyarham Ustaz Hassan Shukri, Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan terkini Mohamad Sabu.

Beliau sentiasa menjadi rujukan Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam ehwal agama kerana kekuatan Ustaz Hadi terletak kepada ilmu yang dimiliki, sementara siasah politiknya cukup tinggi dan diakui kawan serta lawan.

Beliau bisa sahaja menegur dengan teguran hikmah, sering menjadi rujukan kepimpinan muda dan tua dalam membuat keputusan dan berjiwa seperti seorang ayah kepada ahli, pimpinan dan pekerja parti.

Keperibadiannya yang menambat hati penyokong menyebabkan beliau kekal hingga kini menerajui PAS selaku presiden parti tanpa dicabar mana-mana pihak, atau tidak termakan dengan provokasi yang cuba menggugat parti.

Pendiriannya jelas, sering berhujah dengan sandaran hadis nabi, dan rujukan yang menepati kehendak zaman dan dasar Islam itu sendiri.Setiap isu yang dihadapkan kepadanya dihujahi dengan elok dan mudah, malah semakin tenang menjamah lanskap politik massa dengan wataknya.

Tema : ‘MUSLIMAT MANTAP, PERJUANGAN BERKAT, NEGARA SELAMAT’

Ucaptama oleh : YB Ustazah Zailah Mohd Yusof, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat

Tarikh : 21 November 2013

Mempertaruhkan visi ‘MUSLIMAT MANTAP, PERJUANGAN BERKAT, NEGARA SELAMAT’, Muslimat PAS hari ini bersedia mempersadakan PAS dalam arus mainstream politik negara dan juga negeri.

Ketuanya, YB Siti Zailah Mohd Yusof dalam ucaptama perasmian dewan itu menyatakan, visi itu akan terlaksana sekiranya organisasi Muslimat setiap peringkat membuatnya secara terancang.

“Jayakannya melalui apa jua program yang bersifat pengukuhan dan pemberdayaan, berikan prioriti dalam mengisi program-program bulanan dan tahunan Muslimat, baik dalam bentuk seminar, wacana, diskusi, kursus kemahiran organisasi, tamrin, usrah, mukhayyam dan seumpamanya,” jelasnya.

Tambahnya, kematangan Muslimat menghadapi fitnah musuh yang berusaha memporak perandakan keutuhan organisasi dalam siri-siri serangan professional vs ulamak boleh membantu mereka mencapai visi tersebut. Selari dengan visi itu, beliau menyeru Muslimat PAS bersama-sama menyusun langkah kemaraan untuk Islam.

Ucapan Perasmian oleh : YB Dato’ Husam Musa, Naib Presiden PAS

Perasmian Dewan Muslimat PAS kali ini disempurnakan oleh Dato’ Paduka Hj Husam Musa. Beliau memulakan ucapan dengan memberikan contoh Raja Balqis pada zaman Nabi Sulaiman sebagai model kepimpinan wanita sekarang dalam selok-belok berkerajaan.

Antara teknik yang digunakan Balqis adalah bahasa yang lunak, syura dalam urusan negara, kesan penakhlukan asing, hubungan diplomatik dan sebagainya. Kisah pemaisuri ini memberikan pemahaman sejarah yang panjang tentang turun naiknya sesebuah empayar.Urusan berkerajaan di dalam kalangan muslimat kini memerlukan kebijaksanaan tinggi dan berterusan seiring dengan teladan yang di tunjukkan Balqis.

Kisah Balqis ini sebagai ransangan buat generasi muslimat dalam mendepani cabaran membentuk kerajaan gerakan Islam uang berjaya.Jika dilihat pada PRU-13 yang lalu, rakyat sudah memberikan kepercayaan kepada PAS khususnya muslimat. 

Maka para pejuang muslimat disaran beliau suapaya tidak mensia-siakan harapan rakyat ini. Menurut Husam lagi, sasaran kita boleh dicapai andai seluruh jentera berpadu tenaga Pakatan Rakyat mampu menguasai 132 kerusi Dewan Rakyat kelak.

Penekanan Husam kepada kesediaan muslimat untuk PRU-14 akan datang perlu bermula sekarang. Fokus yang ditekankan beliau adalah kerusi marginal iaitu musliamt perlu fokus memenangi kerusi sasaran. Menurutnya lagi, golongan yang masih belum daftar mengundi ini perlu didekati dan diberi kesedaran untuk membuat perubahan. Gerakan pendaftaran perlu berterusan dan dilipat gandakan supaya 4.7 juta rakyat Malaysia yang belum berdaftar kini layak untuk mengundi pada PRU-14.

Husam memberikan gambaran “UMNO InsyaAllah ranap!” andai Pakatan Rakyat berjaya meruntuhkan kepercayaan rakyat kepada parti itu selama ini. Oleh itu menurutnya, PAS mempunyai tugas yang besar di setiap anggota jemaah untuk mencapai kemenangan di seberapa banyak kerusi yang ditandingi.

Peringatan diberikan Husam bahawa PAS masih kurang menambah jurucakap di Parlimen dan DUN-DUN dengan mengambil beberapa contoh. Kedua adalah strategi dakwah di mana perlunya mendekati masyarakat bukan Islam dalam melebarkan pengaruh PAS merentasi kaum.

Namun, Husam memberikan keyakinan bahawa anggota muslimat PAS mampu memberikan momentum dengan menyoroti sejarah keterlibatan muslimat dalam pilihanraya, muktamar dan kepimpinan. Antara tokoh muslimat yang muncul sebagai ahli Parlimen sebenarnya membuka jalan kepada perjuangan muslimat. Husam menyebut di mana Siti Zailah, Dr Siti Mariah dan Dr Lo’ Lo’ di kerusi Dewan Rakyat membuktikan keterbukaan ulama dalam kemunculan suara muslimat di dalam Parlimen.

Di akhir ucapan, Husam menyarankan kepada anggota muslimat supaya memperkukuhkan kekuatan dalam memimpin perubahan. Dengan mengambil contoh Saiyadatina Syifa’ Abdullah, Saiydatina Aisyah dan Saiyadatina Khadijah sebagai sayap kiri perjuangan Islam seharusnya muslimat kita menjadikan mereka ikon untuk terus berjuang.

Sebagai penutup, Dato Husam telah mengumumkan perasmian Muktamar Muslimat PAS kali ke-53 dengan bacaan al-Fatihah.

%d bloggers like this: