Archive for 23 November 2013


MUKTAMAR DPPM

Tema : Infiru (Bangkit)

Ucaptama oleh : YB Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)

Tarikh : 21 November 2013

Perasmian oleh :

Tuan Haji Mohamad bin Sabu, Timbalan Presiden PAS

Pertama kali berjemaah subuh di Masjid Negeri Selangor, Shah Alam bersama sahabat-sahabat. Subuh pertama, kami masbuq pada rakaat kedua, kerana sesat sekejap mencari tangga naik ke masjid yang besar ini.

Suara imam sangat merdu dan sangat mengesankan. Itulah yang kami rasakan setiap kali berjemaah di sini 3-4 kali subuh. Selepas selesai wirid dan doa, ada sesi talaqqi dan tahsin al-Quran yang dibimbing oleh imam bertugas dan kemudian diikuti oleh jamaah yang ramai.

Alhamdulillah, sempat turut menadah al-Quran dengan kedua-dua imam yang masyhur di masjid ini. Ustaz Ahmad Mustafa dan Sheikh Abdul Karim Omar walau hanya satu muka surat sehari. Selepas itu seorang akan membacakan terjemahannya lalu diakhiri dengan doa khatam al-Quran beramai-ramai dengan lagunya yang terkenal. Imam juga memimpin nasyid ‘asmaul husna’ sebelum jamaah bersalaman dan bersurai.

Saya gembira dengan kreativiti masjid mengendalikan program walaupun masa yang singkat selepas subuh memandangkan orang ramai akan bekerja selepasnya. Sebahagian masjid tidak mengadakan apa-apa program selepas subuh memandangkan waktunya yang terbatas. Jemaah masjid ini pula ramai, sehingga ada ketika pada anggaran saya mencapai 500-600 orang jamaah – mungkin lebih daripada itu termasuk kalangan muslimat.

Dengan aktiviti masjid ini, saya mendapat idea-idea untuk dibawa balik ke Sabah. Cantik!

Masjid Negeri Selangor (1) Masjid Negeri Selangor (2) Masjid Negeri Selangor (3) Masjid Negeri Selangor (4) Masjid Negeri Selangor (5) Masjid Negeri Selangor (6)

%d bloggers like this: