Archive for 19 November 2013


Tarikh : 16 & 17 November 2013

Lokasi : Tanjung Simpang Mengayau, Kudat

Kami dengan kekuatan 13 keluarga, berkonvoi ke Kudat untuk percutian beramai-ramai khususnya sesama keluarga ahli usrah. Famili Day yang akan kami kenang, mengukuh ukhuwah sesama keluarga ahli. Menjelang sekitar jam 2 petang kami sudah berada di lokasi percutian. Ada yang awal sedikit dan ada yang lewat sedikit.

Percutian keluarga usrah yang bentuknya bermalam di satu lokasi sebegini, kali terakhir kami adakan beberapa bulan sebelum pemergian sahabat kami Allahyarham Ustaz Haji Nahar Mantamin di Mimpian Jadi, Tuaran lebih 3 tahun lalu. Jadi agak lama juga kami tidak bercuti-cuti sebegini dalam kelompok yang besar.

Meriah rasanya apabila dapat mengumpulkan hampir 70 orang ahli, sebahagian besarnya anak-anak yang hampir sebaya. Solat berjamaah, makan-makan dan bernostalgia zaman remaja sangat mengesankan kami. Pada waktu petang dan awal paginya, mandi-manda di laut yang menghadap Laut China Selatan, dengan ombak yang sesekali mencemaskan kami.

Hampir tengahari ahad, kami bergerak keluar dari lokasi percutian menuju satu lokasi berikutnya.

Usrah@Mengayau (1) Usrah@Mengayau (2) Usrah@Mengayau (3) Usrah@Mengayau (4) Usrah@Mengayau (5) Usrah@Mengayau (6) Usrah@Mengayau (7) Usrah@Mengayau (8) Usrah@Mengayau (9) Usrah@Mengayau (10) Usrah@Mengayau (11) Usrah@Mengayau (12)

 

Kampung yang indah namanya. Ada rumah di darat dan sebahagian lagi di atas laut. Ia terletak di belakang Pekan Kudat. Saya pernah berziarah ke sini beberapa tahun sudah, itu pun waktu malam kerana undangan kuliah maghrib dan ziarah rumah selepasnya di kampung ini.

Saya pernah berseloroh, ini masjid nama saya. Masjid al-Akmal namanya. Perasan!

Kali ini kami datang sekeluarga berziarah ke rumah keluarga Tuan Baharuddin, yang seorang anaknya sering bermalam di rumah kami. Norliza, lepasan SMAN Toh Puan Hajah Rahmah sering ke rumah sejak dia tingkatan 2 hingga tamat tingkatan 6 baru-baru ini. Itu pun pada 5 tahun lepas saya mempelawa keluarganya agar membenarnya Norliza balik ke rumah kami saja pada hujung bulan khususnya sabtu ahad.

Gembira nampaknya isteri dan anak-anak berziarah ke sini, bertemu ibu dan adik beradik Norliza yang lain. Sebab Norliza selalu menjadi teman anak-anak saya di rumah, hampir setiap hujung bulan, bertahun-tahun lamanya. Selesai peperiksaan STAM, Norliza balik kampung di sini dan anak-anak tidak bertemunya lagi.

Seorang abangnya Awang Sharif adalah lepasan Universiti al-Azhar yang baru selesai mengaji, insya Allah boleh dimanfaatkan untuk perjuangan Islam.

Landung Ayang (1) Landung Ayang (2) Landung Ayang (3) Landung Ayang (4)

%d bloggers like this: