Archive for 18 November 2013


Tarikh Foto : 14 & 15 November 2013

Ada saja barang-barang yang diserahkan kepada kami untuk dibatalkan sihirnya, setelah barang-barang ini dianggap dan diyakini sebagai tangkal oleh pesakit dan keluarga mereka. Setelah datang kepada mereka ilmu pengetahuan tentang larangan tangkal dan azimat, ada pesakit yang sedar dan memaklumkan kepada perawat akan perkara yang mereka hadapi.

Semakin ramai pesakit dan waris mereka yang datang memohon bantuan. Puratanya sekitar 20 pesakit yang datang, sebahagiannya melibatkan kes gangguan makhluk halus. Pada kami, ia boleh dilihat dari dua sisi.

Dari sisi positifnya, kesedaran masyarakat terhadap rawatan syarie berasaskan ayat al-Quran dan doa yang ma’thur semakin bertambah. Ia satu dakwah berterusan daripada kami agar masyarakat tidak terlibat pengubatan yang tidak syarie bertemu dan mempercayai bomoh yang beramal dengan sihir dan seumpamanya.

Dari sisi yang lain pula, ramainya pesakit menunjukkan manusia yang dengki dan khianat terhadap orang lain. Memperalat dan mengarah jin untuk menyusahkan hidup manusia dengan amalan sihir dan sebagainya.

Inilah kerja dakwah kami, membantu masyarakat. Jika ada sesiapa yang berminat mendapatkan rawatan atau ingin belajar pengubatan Islam melalui Darussyifa’ Sabah, sila hubungi kami.

Merawat 14&15 DSLK (1) Merawat 14&15 DSLK (2) Merawat 14&15 DSLK (3) Merawat 14&15 DSLK (4) Merawat 14&15 DSLK (5)

Tarikh : 14 & 16 November 2013

Lokasi : Pusat Pendidikan Islam an-Nur

Aktiviti : Tasmik al-Quran, tajwid dan iqra’ mengikut bahagian masing-masing

KTHM M42 (1) KTHM M42 (2) KTHM M42 (3)

KTHM M42 (4) KTHM M42 (5)

%d bloggers like this: