Archive for 15 November 2013


Tarikh : 14 November 2013

Lokasi : Hotel Tang Dynasty Wawasan Plaza

Program akhir tahun adalah bagi meraikan guru-guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dan Pusat Pendidikan Islam an-Nur, Taman Austral sempena cuti akhir tahun persekolahan. Setinggi penghargaan untuk para guru yang mencurahkan kudrat dan ilmu untuk mendidik anak-anak seawal 4 tahun sehingga 12 tahun di PASTI dan PPIAN.

Semoga Allah SWT membalas bakti ikhlas kalian.

Makan Malam PASTI & PPIAN (1)Makan Malam PASTI & PPIAN (3) Makan Malam PASTI & PPIAN (4)

Masjid Daerah Putatan

Khatib : Imam Mohd Noh Chaleh

Lokasi : Masjid Daerah Putatan

Pada abad ini umat Islam rata rata berhadapan dengan situasi dunia global yang semakin mencabar. Kekuatan-kekuatan antarabangsa yang mendukung aliran seperti liberalisme, pluralisme dan lain-lain lagi kelihatan semakin aktif melaksanakan penyebarannya terutamanya melalui teknologi internet yang amat pantas lagi berkesan terutamanya kepada golongan muda.

Mereka melancarkan serangan-serangan secara halus lagi tersusun dengan penyebaran berita yang menghina Islam dan umatnya samada melalui simbol-simbol, laman web, laman-laman sesawang atau blog serta laman-laman sosial seperti facebook dan twitter dan sebagainya.

Berdasarkan kepada pemerhatian mimbar bahawa puluhan simbol dan ratusan laman web digunakan bagi mengeliru dan melemahkan pegangan umat Islam yang berada di alam internet ini. Mimbar ingin menyatakan bahawa penyalahgunaan atau menggunakan teknologi internet dan telekomunikasi tidak sebagaimana yang sepatutnya adalah bertentangan dengan tuntutan agama, undang-undang serta tatasusila masyarakat.

Percayalah, menggunakan laman sosial untuk melemahkan pegangan umat Islam sebenarnya adalah strategi licik musuh Islam yang telah berjaya digunakan untuk menjatuhkan beberapa negara Islam di Timur Tengah. Oleh itu, terdapat cadangan supaya internet harus ditapis dan dikawal seharusnya dipertimbangkan supaya kemudahan ini tidak memporakperandakan masyarakat dan negara.

Justeru, dalam konteks cabaran anti Islam melalui teknologi maklumat yang hebat itu, maka menjadi tugas dan tanggungjawab umat Islam untuk menggunakan apa sahaja strategi yang munasabah termasuklah media sosial bagi melawan, menentang, menjawab, menangkis serangan, propaganda, tipu muslihat musuh-musuh Islam dan gerakan-gerakan yang mengugat kedudukan umat Islam khususnya di negara kita dalam konteks amar makruf dan nahi mungkar.

%d bloggers like this: