Archive for 14 November 2013


Pakai-Mask

Sumber : http://suhazeli.com/wp/?p=829 dan http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-memakai-mask-penutup-mulut-dan-hidung-bagi-jemaah-haji-dalam-ihram

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-89 yang bersidang pada 14 – 16 Disember 2009 telah membincangkan Hukum Memakai Mask (Penutup Mulut Dan Hidung) Bagi Jemaah Haji Dalam Ihram.

Muzakarah berpandangan bahawa mencegah penularan wabak yang boleh membahayakan nyawa dan kesihatan semasa menunaikan ibadah haji atau umrah amat dituntut oleh Islam.

Oleh itu, dalam keadaan di mana sesuatu penyakit itu telah menjadi wabak, Islam memberi pengecualian dan kelonggaran kepada para jemaah untuk menutup sebahagian muka walaupun ia merupakan perkara yang dilarang semasa menunaikan ibadah haji atau umrah.

Oleh yang demikian, Muzakarah memutuskan bahawa jemaah haji dan umrah ketika di dalam ihram diharuskan menutup sebahagian muka dengan memakai mask (penutup mulut dan hidung) serta tidak perlu membayar dam.

 Keterangan/Hujah :

  1. Menjaga kesihatan badan lebih-lebih lagi ketika mengerjakan ibadah haji dan umrah di Makkah adalah sangat-sangat dititikberatkan oleh Islam. Oleh itu setiap jemaah haji perlu mengikut langkah-langkah pencegahan terutama penggunaan mask bagi menjaga kesihatan diri mereka daripada dijangkiti penyakit berbahaya.
  2. Penularan wabak ini tidak dapat tidak perlu ada usaha untuk mencegah supaya diri terus terpelihara dan sihat serta dapat menjalankan ibadah haji dengan sempurna. Di dalam kaedah fiqhiyyah:

    ” الحاجة تنـزل منـزلة الضرورة “

    iaitu Hajat menepati darurat. Maksud hajat ialah jika tidak disempurnakan nescaya melibatkan atau mendatangkan kesukaran atau kesusahan.

  3. Seseorang lelaki yang berihram dilarang daripada menutup semua bahagian kepalanya atau sebahagiannya dengan apa sahaja yang boleh dikira sebagai menutupnya, sama ada pakaian berjahit atau pun tidak. Semua larangan ini dikecualikan jika terdapat keperluan yang memaksa seperti untuk tujuan pengubatan dan rawatan.
  4. Di dalam al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh karangan Prof. Dr. Wahbah al-Zuhayli menyebutkan mengenai larangan ke atas perempuan yang menutup seluruh anggota badan termasuk wajah kerana ihram perempuan adalah pada mukanya.
  5. Walaubagaimanapun, dalam keadaan di mana ia dianggap sebagai satu bentuk keuzuran yang tidak dapat dielakkan kerana jemaah haji terpaksa menutup muka dan hidung (sebahagian muka) kerana disebabkan sesuatu wabak, maka diharuskan bagi jemaah lelaki dan wanita untuk menutup sebahagian mukanya.
  6. Semasa menunaikan haji atau umrah, terdapat perkara-perkara yang dilarang melakukannya dan dianggap berdosa dan diwajibkan membayar dam, walaubagaimanpun pertimbangan keadaan umat Islam masih diambilkira oleh Islam dalam hukum yang ditetapkan.
  7. Dalam keadaan dharurat di mana suatu penyakit telah menjadi wabak yang mengancam nyawa seperti H1N1, tindakan pencegahan yang diambil bagi melindungi nyawa adalah dibenarkan oleh Islam dan tidak dikenakan dam (denda) walaupun ia merupakan perkara yang dilarang dalam keadaan biasa selaras dengan kaedah fiqhiyyah:

    “درء المفاسد مقدم على جلب المصالح “

Belum pandai sangat, tapi kami di semester 6 sama-sama menamatkan bacaan kami pada kitab ‘Dhobt al-Quran’ bertajuk ‘Irsyad al-Tholibin ia Dhabt al-Kitab al-Mubin’ karangan Ustaz Dr. Muhammad Salim Muhaisin.

Bagi kawan-kawan pembaca blog ini yang belum tahu, subjek dhobt al-Quran adalah satu ilmu yang berkisar tentang penandaan di dalam al-Quran seperti titik huruf, baris, tanwin, tanda mad, sukun, tasydid dan lain-lain.

Kami belajar beberapa kali sahaja di dalam kuliah, kemudian saya memutuskan untuk menamatkan secara rally dan daurah dalam tempoh 3 jam. Kitab ini mempunyai 11 bab tidak termasuk muqaddimah dan penutupnya, dan kami berbagi tugas sesama siswa siswi dan saya sebagai pemudah caranya sahaja.

Alhamdulillah, selesai jam 11.30 malam. Tujuannya agar kami boleh menumpukan masa yang lebih untuk mengulang hafazan al-Quran. Peperiksaan akhir semakin dekat, semester 6 diuji 1-30 juzuk. Untuk subjek dhobt al-Quran ini, walaupun sudah selesai, kami akan ulangkaji lagi apabila musim peperiksaan semakin hampir nanti.

Dhobt Sem 6 (1) Dhobt Sem 6 (2) Dhobt Sem 6 (3)

%d bloggers like this: