Permulaan yang indah untuk tahun baru hijrah 1435. Setelah selesai solat maghrib pertama tahun baru, kami berkumpul di bilik kuliah untuk majlis khatam puteri sulung semester 6, Nur Azizah Suratman, gadis kecil dari Sandakan yang kami panggil Echa, menamatkan hafazan al-Quran 30 juzuk pada malam tadi.

Allah SWT mentakdirkan khatam hafaznya berlaku pada tarikh 1 Muharram, walaupun kami pernah merancang khatamnya sejak sebelum Ramadhan lepas lagi. Ia tertangguh beberapa kali atas sebab yang kami terima. Walaubagaimanapun keseluruhannya, Echa saya dapati mempunyai daya hafazan yang baik dan tajwid yang kemas sepanjang saya memegang mereka 2 tahun lalu.

Ada tiga orang puteri semester 6, dan Echa yang pertama menamatkan hafazannya berbanding dua sahabat karibnya. Insya Allah doa saya yang baik-baik untuk Echa dan yang lain juga.

Nur Azizah (1) Nur Azizah (2) Nur Azizah (3)