Archive for 4 November 2013


KEM PRA TAHFIZ ANAK SOLEH

Tarikh : 1-3 November 2013

Tempat : SK Kinabaan, Tambunan

kemt1 kemt2 kemt3 kemt4 kemt5 kemt6 kemt7 kemt8 kemt9 kemt10 kemt11 kemt12

Pertama kali dalam hidup saya menyaksikan pertandingan sepak takraw anjuran ISTAF di Stadium Likas Kota Kinabalu petang semalam – khususnya perlawanan melibatkan Malaysia menentang Thailand, keputusannya Malaysia tewas tipis 2-3 walaupun Malaysia mendahului 2-0 sebelum dipintas oleh musuh tradisi dalam dunia sepak takraw.

Saya bukan peminat tegar sepak takraw negara tetapi cuma mahu memerhati pada sisi lain tentang minat rakyat kita kepada sukan dan keperluan berkaitan yang boleh dimanfaatkan oleh Gerakan Islam seperti Pemuda PAS untuk menambat hati orang muda yang menjadi majoriti penonton dan peminat di dalam stadium ini.

Tulisan ini hanya pemerhatian santai dan spontan, boleh jadi betul atau salah. Saya gembira ramai penonton bersesak dan bergilir-gilir menunaikan solat khususnya asar dalam keadaan ruang wudhuk yang amat sedikit. Ketika itu saya terserempak dengan beberapa individu yang saya kenali.

Satu segi lain, saya melihat para penonton berebut menyambut air mineral yang dilontar oleh penganjur. Boleh jadi penonton letih dan dahaga menjerit memberi sokongan kepada pasukan Malaysia, apatah lagi perlawanan yang sengit seperti itu melibatkan pasukan nasional. Air mineral itu pula memang tidak cukup. Penonton dengan semangat kesukanan, berkongsi sebotol air mineral tersebut dengan beberapa orang yang dikenal atau tidak dikenal.

Saya harap ahli-ahli dakwah boleh ‘membaca’ dan menghuraikan apa yang saya catatkan.

Takraw (1) Takraw (2) Takraw (3)

%d bloggers like this: