Archive for 2 November 2013


RAWATAN DARUSSYIFA’ LOK KAWI

Tarikh : 31 Okt & 1 Nov 2013

Perawat kami menerima lagi beberapa bahan seumpama wafaq, tangkal dan lain-lain yang diserahkan oleh beberapa pesakit atau keluarga mereka yang sebelumnya mengesyaki sesuatu yang tidak kena berlaku kepada pesakit.

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT kehadiran Darussyifa’ di bumi Sabah membuka lembaran dakwah khususnya berkaitan aqidah kesembuhan penyakit semuanya daripada Allah SWT bukannya daripada makhluk.

Rawatan DS Lok Kawi (4) Rawatan DS Lok Kawi (5) Rawatan DS Lok Kawi (6) Rawatan DS Lok Kawi (7) Rawatan DS Lok Kawi (8)

Secara keseluruhannya, saya gembira dengan prestasi siswa siswi semester 2 khususnya dalam subjek tajwid yang saya diamanahkan mengajar mereka. Pada semester 1 lepas, saya mengajar subjek tajwid ilmi iaitu tajwid secara teori, sementara semester kali ini saya mengajar subjek tajwid amali iaitu secara praktikal dengan membaca ayat al-Quran bermula juzu’ 1 hingga 7.

Keseluruhannya, ada perkembangan positif daripada setiap mereka. Mereka membaca bergilir-gilir ayat-ayat yang ditetapkan dan dalam masa yang sama menyemak tilawah rakan mereka yang sedang membaca. Pada tahap ini kesalahan tajwid yang dilakukan sangat minima, bahkan sesekali ada yang sifar salah.

Ini satu perkembangan yang sangat baik. Sejak awal saya memberitahu mereka, saya suka mengetatkan peraturan tajwid supaya tilawah mereka lebih kemas khususnya hukum hakam mad, ghunnah yang tidak cukup kadar atau tidak sampai ke khaisyum. Dari masa ke masa, kalau begini komitmen mereka, insya Allah mereka akan menjadi qari dan qariah yang baik.

Pohon doanya.

Talaqqi Sem 2 (1) Talaqqi Sem 2 (2) Talaqqi Sem 2 (3) Talaqqi Sem 2 (4) Talaqqi Sem 2 (5) Talaqqi Sem 2 (6) Talaqqi Sem 2 (7) Talaqqi Sem 2 (8) Talaqqi Sem 2 (9) Talaqqi Sem 2 (10) Talaqqi Sem 2 (11) Talaqqi Sem 2 (12)

%d bloggers like this: