Archive for 1 November 2013


LALAT DARI MULUT

Lalat

Sahabat-sahabat kami merawat seorang pesakit yang datang jauh dari Pantai Timur Sabah. Seorang anak muda yang soleh tetapi sedang diuji dengan penyakit yang ganjil. Pakar tidak dapat mengecam penyakit yang dihidapinya bahkan mereka mengatakan dia tidak sakit, walaupun dihadapan mereka anak muda ini memang kelihatan tidak bermaya.

Bermacam keadaan yang kami lihat di hadapan mata kami sendiri, seperti perut kembung yang sering beralih dari sebelah atas, kiri atau kanan. Pernah beberapa keadaan beliau kepanasan tidak menentu, meminta air bermacam jenis berganti-ganti dalam tempoh yang singkat. Begitu juga setiap kali diruqyah, beliau akan muntah sama ada sedikit atau banyak.

Suatu hari kami melihat benda yang keluar dari mulutnya selepas muntah itu ialah seekor lalat, dan itu bukan kali pertama berlaku, menurut saksi yang memberitahu kami. Semoga Allah SWT memberikan pahala kepada pesakit dan keluarganya yang bersabar atas musibah yang berlaku.

Masjid Kg Contoh Putatan (1)

Khatib : Ustaz Mohd Jumat Abd Razak

Lokasi : Masjid as-Salam Kg Contoh Petagas

Allah SWT telah menjadikan program ilmu sebagai teras dalam kehidupan manusia apatah lagi umat Islam. Ini dibuktikan dengan ayat-ayat pertama wahyu yang diturunkan adalah berkaitan ilmu. Justeru umat Islam mesti mengambil berat dan penting kedudukan ilmu di dalam Islam.

Oleh itu, menjadi suatu kerugian kepada masyarakat apabila mengabaikan program-program ilmu yang giat berlangsung di sana sini. Maka kedapatan masyarakat yang beribadah dalam suasana jahil, atau mereka yang dianggap soleh di dalam masyarakat tetapi rupanya melakukan perkara yang bertentangan dengan aqidah, syariat dan akhlak sama ada sengaja atau sebaliknya kerana mengabaikan perkara asas tadi iaitu menuntut ilmu.

%d bloggers like this: