Archive for Oktober, 2013


Tarikh : 20-24 Oktober 2013

Lokasi : Kompleks Darul Quran, Kuala Kubu Baru, Ampang Pecah Selangor Darul Ehsan

Tema : Transformasi Huffaz Ke Arah Penyatuan 1 Ummah

Keputusan Keseluruhan :

Keputusan Acara MTQN Sabah :-
Acara Sukan : 5 Mata – Acara Ilmi : 19 Mata
– Sepak Taqraw : Ketiga
– Bola Tampar (Perempuan) : Ketiga
– Nasyid Perempuan : Naib Johan
– Debat Melayu Campuran : Ketiga
– Tilawah al-Quran Berqiraat Lelaki : Ketiga
– Tilawah al-Quran Berqiraat Perempuan : Johan
– Tilawah al-Quran Bertarannum Lelaki : Ketiga
– Tilawah al-Quran Bertarannum Perempuan : Ketiga
– Qasidah : Ketiga

Keputusan Keseluruhan Ihtifal Huffaz :-

1. Darul Quran – 120 Mata
2. MTQN Pahang – 54 Mata
3. IQT Terengganu – 33 Mata
4. MTQ Kedah – 28 Mata
5. MTQN Sabah – 24 Mata 
6. ITQAN Negeri Sembilan – 11 Mata
7. MTQN MAIK Kelantan – 10 Mata
8. INSPI Terengganu, MTQN Perak – 8 Mata
9. SM Al-Azhar Kedah – 6 Mata
10. MTQ Perlis – 2 Mata
11. MTQ An-Najihah Negeri Sembilan – 1 Mata

Tahniah kepada semua Kontinjen yang mengambil bahagian!

Sumber : Page Maahad Tahfiz al-Quran Wal Qiraat Negeri Sabah

mtqq1 mtqq2 mtqq3 mtqq4 mtqq5 mtqq6 mtqq7 mtqq8 mtqq9 mtqq10 mtqq11 mtqq12 mtqq13 mtqq14 mtqq15 mtqq16 mtqq17 mtqq18

Irsyadiyyah (1)

Tarikh : 24 Oktober 2013

Ini kunjungan kedua ke sekolah comel ini, tapi kali pertama tampil untuk mempromosi Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah. Kami tiba sedikit lewat daripada jadual yang ditetapkan, namun majlis tetap berjalan lancar dengan audien fokus kepada menengah atas sahaja. Bersama saya empat siswa siswi maahad sebagai teman permusafiran.

Saya dimaklumkan pernah ada alumni maahad merupakan lepasan sekolah ini juga. Justeru, kami mengharapkan kesinambungan sekolah ini menghantar calon-calon mereka untuk diuji dan ditapis sebelum diterima masuk ke maahad.

Saya tidak menjanjikan apa-apa kepada mereka, tetapi sudah tentu maahad akan mengambil calon yang terbaik untuk menggalas cabaran menghafaz al-Quran dan seterusnya mereka akan berdakwah di tempat masing-masing. Mudah-mudahan ada yang terpilih.

Irsyadiyyah (2) Irsyadiyyah (3) Irsyadiyyah (4)

Irsyadiyyah (6) Irsyadiyyah (7) Irsyadiyyah (8) Irsyadiyyah (9) Irsyadiyyah (10) Irsyadiyyah (11) Irsyadiyyah (5)

hukum hudud di aceh

Sumber : http://myfaisalonline.blogspot.com/2013/10/apa-masalahnya-dengan-hukum-hudud.html

Permasalahan pelaksanaan Hudud di Malaysia bukan sangat disebabkan oleh namanya hudud, tetapi disebabkan hudud itu merupakan undang-undang yang berteraskan agama, yang mahu dikenakan kepada orang ramai. Orang yang berfahaman sekular sukar menerima pendekatan ini kerana agama bagi mereka hanyalah bersifat personal dan spiritual.

Mereka juga berasa tidak perlu kepada agama atau menggunakan agama apabila perlu sahaja. Apabila perintah agama ingin dijadikan undang-undang yang dikenakan kepada mereka, mereka sukar menerimanya.

Hal ini boleh dilihat dalam isu pemisahan kaunter antara lelaki dan perempuan. Ada orang yang tidak boleh terima pemisahan antara lelaki dan perempuan kaunter pembayaran atas alasan mengurangkan pergaulan antara lelaki dan perempuan yang agak bebas. Ini kurang digalakkan di dalam Islam.  Mereka sukar menerima arahan ini kerana alasan kepada arahan itu berteraskan perintah agama. 

Tetapi, mengkhususkan koc keretapi untuk perempuan sahaja, boleh diterima pulak kerana alasannya mengelakkan gangguan seksual. Walapun ada yang bising, tetapi diteruskan sahaja. Inilah sekular.

Perkara yang sama juga dengan arahan menutup aurat yang ramai di kalangan umat Islam memandang rendah perintah ini. Kerana ia adalah arahan agama. Tetapi sebagai nurse atau tukang masak yang perlu memakai pakaian uniform yang tertentu, tidak pula komplen kenapa nurse wajib pakai putih, kenapa tidak hitam aje.

Penolakan ini berpunca dari penolakan / keraguan terhadap Islam sebagai agama yang mempunyai ciri universal yang boleh mengatur dan mengawal tingkah laku manusia. Ini merupakan cabaran yang hebat kerana dalam dunia moden, masyarakat lebih cenderung untuk menerima nilai yang universal berdasarkan kepada elemen rasionalisme. pluralisme dan demokrasi. Ini jelas di dalam masyarakat yang berbilang kaum.

Contohnya, seseorang ketua agak keberatan untuk membuat peraturan berasaskan kepada arahan agama seperti tidak membenarkan tukang gunting berlainan jantina dan memisahkan lelaki dan perempuan ketika membayar di kaunter.

Contoh lain ialah di dalam sesebuah organisasi yang mempunyai ahli yang berlainan agama dan bangsa. Apabila mereka ingin menganjurkan hari keluarga atau sambutan hujung tahun, pengisian program yang berasaskan agama biasanya dielakkan. Sekiranya ada pihak yang inginkan program tari menari atau tarian gelek, sukar bagi orang Islam yang cintakan agama memberikan alasan untuk tidak membenarkan program itu atas larangan agama. Untuk mengelaknya jugak, pelbagai alasan lain terpaksa dicipta untuk menghalang program itu.

Di dalam masyarakat yang berbilang kaum, dilemma ini biasa berlaku kerana perbezaan sistem nilai. Namun, yang menyedihkan kerana perbezaan kefahaman tentang agama. Contohnya, mereka yang berfahaman bahawa Islam hanyalah agama peribadi sahaja akan berbeza niilai dengan mereka memahami Islam adalah agama yang mengatur kehidupan manusia.

Hudud merupakan undang-undang yang mengatur kehidupan manusia. Oleh kerana ia merupakan peraturan yang berasaskan agama, kelihatan ia sukar untuk diterima oleh masyarakat Islam yang sekular, termasuk juga yang liberal. Sekiranya yang menolaknya bukan Islam, itu memang tidak menghairankan kerana agama yang mereka anuti seperti Kristian, Budha dan Hindu berteraskan sistem sekular. Tetapi sekiranya yang menolak itu terdiri dari orang Islam, ini bermakna ia sama dengan penganut agama lain yang secular.

Yakinlah dengan Islam. Ia adalah agama yang terbaik cuma manusia perlu memanfaatkan akal untuk berfikir dengan lebih mendalam untuk mencari jawapan disebalik arahan Allah dan memikirkan cara untuk melaksanakannya.

masjid hilal

Khatib : Abu Nuha

Lokasi : Masjid al-Hilal Kg Tanjung Dumpil Putatan

Maksud sabda Rasulullah SAW : “Umat-umat lain akan memamah dan meratah kamu sebagaimana orang yang mengelilingi hidangan makanan meratah makanan. Seorang sahabat bertanya : Adakah jumlah kita sedikit pada waktu itu wahai Rasulullah?

Jawab Rasulullah SAW : Kamu ramai tetapi laksana buih banjir, Allah mencabut kehebatan kamu dari hati musuh-musuh kamu dan mencampakkan  ke dalam hati-hati kamu penyakit al-wahn.  Sahabat bertanya : Apakah dia al-wahn itu wahai Rasulullah? Jawab Rasulullah SAW : Cintakan dunia dan benci kepada mati.”

Hari ini umat Islam dilanda penyakit cintakan dunia dan bencikan mati. Ada ahli-ahli ilmu Islam yang sanggup menjual ilmu agamanya dengan pangkat dan kesenangan dunia. Mereka takut mengharamkan perkara yang diharamkan oleh Allah SWT, dan takut menyatakan wajib pada perkara yang diwajibkan oleh Allah SWT.

Walaupun mereka bercakap dengan penuh semangat dan berbuih-buih mulut di tv dan radio, namun mereka takut menyatakan arak, judi, riba dan konsert nyanyian yang bercampur gaul lelaki dan perempuan adalah haram, sebagaimana mereka takut berkata negara Islam wajib didirikan dan hukum Allah SWT wajib dilaksanakan.

Terdapat pula dengan banyaknya dalam kalangan orang Islam yang bergelumang dengan dosa dan maksiat menyebabkan mereka takut mati untuk bertemu dengan Allah SWT. Penyakit yang melanda umat Islam bukan sahaja pada jasad dan tanah air umat Islam, tetapi juga pemikiran umat Islam. Umat Islam bukan sahaja diasak dengan teori dan ideologi yang tidak ada kena mengena dengan umat Islam, pada masa yang sama kita ditipu dengan ajaran sesat dan karut marut dengan dipakaikan dengan nama Islam.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 22 Oktober. – Negara Brunei Darussalam hari ini melakar sejarah besar apabila mengazetkan Akta Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar’iah yang berkuat kuasa enam bulan selepasnya secara berfasa.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengumumkan perkara itu ketika bertitah pada Perasmian Majlis Ilmu 2013 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Dengan izin Allah juga, titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Akta Perintah itu mula digazetkan hari ini, 22 haribulan Oktober 2013, dan akan mula berkuat kuasa enam bulan selepasnya secara berfasa.

“Dengan ini Alhamdulillah, pada peringkat ini tanggungjawab kita di hadapan Allah telah pun tertunai,” titah Kebawah DYMM.

Baginda seterusnya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana Majlis Ilmu pada kali ini diisi dengan acara-acara bersejarah yang berkaitan dengan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar’iah.

Menyentuh mengenai tema Majlis Ilmu tahun ini yang memaparkan ‘Undang-Undang Jenayah Syar’iah Menjamin Keadilan dan Kesejahteraan Untuk Semua’, baginda bertitah, selaku yang datang daripada Allah memanglah wajar dan malah wajib untuk diyakini sebagai mampu untuk menjamin keadilan dan kesejahteraan bagi semua.

“Undang-Undang Allah disyari’atkan, bukanlah untuk kepentingan-Nya sendiri. Allah sama sekali tidak mempunyai apa-apa hajat, kerana Dia sendiri adalah Maha Sempurna. Yang berhajat itu ialah kita para hamba, termasuk hajat untuk dapat menikmati keadilan dan kesejahteraan,” titah baginda.

Lalu kerana hajat kita itulah, titah baginda, Allah Subhanahu Wata’ala pun dengan segala sifat kepemurahan-Nya telah menciptakan undang-undang untuk kita supaya kita menggunakannya bagi tujuan memperolehi keadilan.

Tarikh : 22 Oktober 2013

Tempat : Surau SMKA Limauan, Kimanis

Pertama kali masuk ke sekolah ini, perasaan saya begitu teruja dapat bersama anak-anak di sini bercerita tentang Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat Negeri Sabah. Sepanjang yang saya tahu, ada 3 alumni sekolah ini yang kini menuntut di maahad, dan saya berharap pada pengambilan akan datang akan ada wakil yang akan meneruskan kesinambungan wakil sekolah.

Saya juga berharap akan ada warga maahad pada tahun hadapan yang berasal dari sebelah pedalaman bawah, khususnya daerah Sipitang, Menumbok dan Kuala Penyu. Setakat ini tiada lepasan maahad dari Sipitang, manakala dari daerah Menumbok hanya pernah ada 2 orang dan Kuala Penyu hanya ada seorang pada tahun 2006.

Mudah-mudahan ada generasi penerusnya pada masa hadapan supaya setiap daerah ada penghafaz al-Quran yang mengaji di maahad ini.

SMKA Limauan (1) SMKA Limauan (2) SMKA Limauan (3) SMKA Limauan (4) SMKA Limauan (5) SMKA Limauan (6) SMKA Limauan (7) SMKA Limauan (8) SMKA Limauan (9) SMKA Limauan (10)

nazmi karim

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/wawancara/konflik-syria-petanda-akhir-zaman-1.213326

KEMATIAN rakyat Syria mencecah 200,000 orang dalam tempoh lebih dua tahun kebangkitan rakyat ketika pemerintahan Presiden Bashar al-Assad dikatakan lebih dahsyat berbanding kematian yang dicatat di Palestin ketika negara itu ditawan Israel.

Kekejaman itu membuka mata banyak pihak sehinggakan tragedi Syria bermandi darah mendapat perhatian ramai termasuk negara berkuasa besar, Amerika Syarikat (AS) yang mengumumkan akan menyerang Syria berikutan dakwaan penggunaan senjata kimia.

Walaupun AS masih berdolak-dalik dengan serangan itu, pelbagai andaian mula timbul kerana terdapat dakwaan menyatakan Perang Dunia Ketiga akan meletus daripada apa yang sedang berlaku di bumi anbiya itu. Tidak kurang juga yang mengaitkan keadaan itu dengan petanda akhir zaman. Ikuti temu bual wartawan Sinar Harian, NURULFATIHA MUAH dan jurufoto, AZMI ARYANTO bersama pendakwah yang juga pengkaji isu Syria, Ustaz Nazmi Karim.

Kejadian yang berlaku di Syria dikatakan antara petanda akhir zaman. Ada atau tidak nas yang boleh dikaitkan dengan andaian itu?

Petanda akhir zaman memang disebut dalam hadis Nabi Muhammad SAW. Baginda berulang dua kali mengatakan bahawa akan berlaku peperangan besar yang  apabila peperangan ini terjadi, perkhemahan orang Islam paling ramai adalah di sebuah tempat bernama Ghouta Dimashq yang bermaksud kebun besar yang mengelilingi bandar Damsyik di Syria.

Nabi kata, di kebun besar ini ada sebuah bandar dikatakan namanya Damsyik, sebaik-baik tempat tinggal umat Islam ketika itu. Ini tanda-tanda akhir zaman. Kalau kita lihat di Syria sekarang ini, kawasan ini jadi tempat paling ramai mujahidin berhimpun. Tempat lain ada ramai juga, tetapi tempat ini yang disebut Rasulullah SAW.

Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah bersabda; “Tidak akan terjadi hari Kiamat sehingga kaum Rom turun di kota Amaq (Lembah Antioch, Selatan Turki) dan di Dabiq (dekat Aleppo, Syria).

Kemudian datanglah suatu pasukan yang menghadang mereka dari Madinah, yang berasal dari penduduk pilihan bumi. Dan ketika mereka sudah berbaris-baris, maka berkatalah orang Rom, biarkanlah (jangan kalian halang) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk Islam) untuk kami perangi. Maka kaum Muslimin berkata, Demi ALLAH, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami. Dan ketika mereka (Al-Mahdi serta para pengikutnya) telah sampai di Syam, keluarlah Dajjal.

Dan ketika mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. Tiba-tiba, ketika waktu solat sudah masuk, turunlah Nabi Isa Ibn Maryam a.s.” (Riwayat Muslim dari Sayidina Abu Hurairah RA).

Wallahua’lam, berdasarkan hadis itu, jika benar Amerika Syarikat serang Syria, mereka akan masuk kawasan itu iaitu di pesisiran laut. Kalau betullah ia berlaku,  maknanya tentera Perjanjian Pakatan Atlantik Utara (Nato) dan Rom ini akan masuk ikut ke pantai menyerang seluruh Syria.

Nabi kata, ALLAH akan menghantar tentera mujahidin dari bandar Damsyik akan bergerak menuju ke Dabiq dan berlaku peperangan nanti di sana. Jadi kebanyakan peperangan akhir zaman itu akan berlaku belah-belah negara Syria dan Syam.

Kenapa tumpuan diberikan kepada negara di sebelah Syria?

Mungkin ada beberapa faktor. Dari segi kawasan, ia strategik dan kedudukan geografi Syria menyambung hubungan darat antara Syria dengan Eropah, Afrika dan Asia. Kedua, Nabi Isa AS akan turun di Syria berdasarkan hadis Rasulullah SAW.

Baginda bersabda Nabi Isa AS akan turun di Menara Putih sebelah timur Kota Damsyik. Jika dilihat pada gambarnya, ia bukan menara masjid, tetapi sebuah pasar lama di dalam sebuah kota lama. Di sini ramai orang Kristian. Mereka juga sudah tahu perkara ini dan bersiap-siap untuk sambut Nabi Isa AS.

Sebab itu bumi Syria jadi tumpuan ramai termasuk orang berfahaman Syiah, Kristian, Yahudi, selain orang Islam sendiri. Turut menjadi tumpuan kerana Imam Mahdi akan menyambut turunnya Nabi Isa AS di Damsyik seperti yang pernah disebut dalam hadis Rasulullah bahawa Nabi Isa akan turun di Menara Putih itu ketika solat Subuh dan disambut oleh Imam Mahdi.

Apa yang berlaku sebelum Imam Mahdi muncul?

Sebelum turun Imam Mahdi, Nabi Muhammad SAW kata, akan berlaku pembunuhan tiga orang anak khalifah yang mana mereka berebut harta karun di Kaabah, Mekah. Saya tidak pasti apa yang direbutkan itu, tetapi ketiga-tiga mereka tidak berjaya. Maka berlakulah fitnah yang besar antara orang Islam sendiri, sehingga muncullah Imam Mahdi.

Imam Mahdi adalah keturunan Nabi Muhammad SAW dan namanya sama seperti nama nabi, Muhammad bin Abdullah. Beliau akan muncul di Makkah apabila fitnah kuat melanda dan dibai’ah antara bucu Kaabah dengan makam Nabi Ibrahim AS. Kemudian. Imam Mahdi akan mengetuai mujahidin bergerak ke Syria. Apabila sampai di Syria, masa itu Dajjal sudah keluar dan memang tujuan utamanya hendak melawan Dajjal. Apabila Nabi Isa AS turun, tugas utama baginda ialah untuk membunuh Dajjal.

Pada masa itu, Dajjal sudah mengelilingi dunia untuk merosakkan orang Islam dan mengkafirkan orang sehingga akhirnya Nabi Isa AS kejar Dajal sampai di satu tempat bernama Bab Luddin di Palestin. Di situlah akan dibunuhnya Dajjal. Dajjal apabila tengok Nabi Isa AS itu, dia jadi cair macam batu garam yang disirami air.

Keadaan yang berlaku di Syria ketika ini, seolah-olah mengikut skrip iaitu hadis Nabi?

Ya, memang betul mengikut skrip. Nabi sebut akan berlaku peperangan besar, sekarang ini berlaku perang di Syria. Ramai orang tak tahu sebabnya. Kebangkitan di Syria berlaku pada Mac 2011. Puncanya sekumpulan kanak-kanak sekolah rendah di sebuah bandar bernama Dar’a. Kanak-kanak ini conteng dinding sekolah dengan perkataan ‘Ash-sha’ab yurid isqaat an-nizam’ bermaksud ‘rakyat hendak jatuhkan kerajaan’.

Mereka tulis perkataan itu bukan sebab diajar, tetapi masa itu berlakunya Arab Spring iaitu kebangkitan negara Arab di Tunisia, Yaman dan Mesir. Apabila kebangkitan itu, semua negara ini tulis slogan yang sama iaitu “Ash-sha’ab yurid isqaat an-nizam” ketika berdemonstrasi. Kanak-kanak ini tidak tahu apa-apa.

Polis datang ke sekolah dan mengarahkan sekolah ditutup. Kanak-kanak yang terlibat ditangkap, dipenjarakan dan diseksa. Antara seksaan yang dikenakan ialah dicabut kuku mereka. Keluarga kanak-kanak ini datang ke balai minta anak-anak mereka dibebaskan, tetapi polis kata: “Lupakan anak engkau dan engkau buat yang lain. Ataupun engkau hantar bini engkau di balai polis, kami akan buat bini engkau mengandung lagi sekali”.

Ayat ini yang saya dengar sendiri daripada orang Syria bercerita ketika kes itu berlaku. Rentetan itu, orang kampung mula keluar berdemonstrasi aman dan itu merupakan kali pertama rakyat Syria buat demonstrasi aman minta anak dibebaskan. Sebelum ini, mereka memang tidak berani lawan kerajaan langsung kerana kerajaan memang amat zalim.

Entah bagaimana, mereka yang berdemonstrasi aman ini pula akhirnya ditembak anggota keselamatan. Ramai yang mati. Peristiwa ini tersebar ke seluruh Syria. Kebetulan, masa itu di negara Arab yang lain sudah berlaku kebangkitan. Rakyat Syria memang tidak fikir untuk lawan kerajaan, tetapi mereka hanya hendak kanak-kanak yang ditahan itu dibebaskan. Itu saja.

Apabila sudah jadi begitu, mereka pun tidak tahan, maka muncullah Tentera Pembebasan Syria (FSA) setelah enam bulan rakyat Syria ditangkap, diseksa dan dibunuh. FSA merupakan sukarelawan rakyat Syria yang hendak pertahankan maruah dan akidah mereka. Mereka yang mula pertahankan keluarga sendiri daripada kerajaan pimpinan Bashar al-Assad.

Persengketaan di Syria ada kaitan dengan Syiah – Sunni. Dan sebagaimana penerangan Ustaz tadi, ia juga dikaitkan dengan kemunculan Dajjal. Difahamkan, ada hadis menyebut bahawa Dajjal nanti akan diiringi oleh orang Yahudi dari Isfahan, Iran. Apa maksud hadis itu?

Nabi bersabda,  “Dajjal akan diikuti oleh 70,000 orang Yahudi dari kota Isfahan, mereka memakai al-Tayalisah”. ini hadis riwayat Muslim. Al-Tayalisah ialah sejenis selendang yang dipakai orang Iran atau Parsi semasa hendak perang dan sembahyang.

Persoalannya kenapa Nabi kata Dajjal keluar di sebuah bandar di Iran, tidak di Israel atau  Amerika, Rusia atau China?

Saya tidak pasti, tetapi jika kita lihat di Iran, ada Syiah di sana. Apabila berlaku kebangkitan rakyat di Syria, negara luar yang mula-mula campur tangan ialah Iran. Masa campur tangan itu, mereka bukan hendak sokong rakyat Syria, tetapi Iran hantar 10,000 tentera dengan penembak hendap.

Pada Mei 2012, saya bersama NGO Muslim Care hantar bantuan kali pertama ke Syria dan kami bertemu dengan seorang ulama Syria di Turki, Sheikh Muhammad Ali As-Sobuni. Beliau berkata; “Kami dulu menyangka Syiah ini saudara kita,  rupa-rupanya mereka adalah sebaliknya.

Bahkan, Syiah ini lebih ‘najis’ dan lebih dilaknat daripada Yahudi. Sebab bilangan orang Islam yang dibunuh di Palestin pun tak sama (masih kurang) banding dengan orang Islam yang dibunuh di Syria”.  Di Syria yang mendapat sokongan Syiah Iraq, Iran dan Hizbullah dari Lubnan, lebih 200,000 rakyat Syria sudah dibunuh sejak kebangkitan itu.

Berbanding di Palestin, hanya berpuluh ribu sahaja yang terbunuh sejak Israel tawan negara itu. Melihat kepada perkara ini, kita pelik kenapa Syiah begini dan benarlah Nabi kata Dajal akan keluar dari Isfahan, Iran.

Bashar; Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dikatakan berasal daripada keturunan Yahudi Isfahan yang dikaitkan sebagai tempat asal pengikut Dajjal. Bekas Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad juga berasal dari tempat itu. Bagaimana Ustaz melihat perkara ini?

Saya kurang pasti, tetapi datuk nenek Bashar memang dari Iran. Jadi hubungannya memang kuat. Satu lagi, di Syria, Bashar berfahaman Syiah Alawi atau Nusairi. Bercerita pasal Syiah, Syiah Alawi atau Nusairi sudah terkeluar daripada Syiah Imamiah yang diamalkan di Iran.

Jadi Syiah yang dipegang oleh Bashar ini, tidak diterima oleh Syiah pun, tetapi kenapa mereka yang menyokong Bashar pada masa ini? Mereka (Iran) kata benci dan tiada kena mengena dengan Syiah Alawi atau Nusairi, tetapi mereka tetap sokong Bashar bunuh rakyat Syria. Ini bermakna, mereka sebenarnya bersatu menentang Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Pembebasan Masjidil al-Aqsa di Palestin akan bermula daripada pembebasan Masjid Umawi di Damsyik. Benarkah begitu?

Yang saya dengar daripada ulama Palestin, Syeikh Raed Solah bahawa pembebasan Masjid al-Aqsa pada zaman Sultan Salahuddin al-Ayyubi adalah bersama tentera yang datang dari Syam iaitu Syria. Insya-ALLAH dikatakan tentera juga dari tempat yang sama akan datang untuk membebaskan Masjid al-Aqsa. Cuma, kali ini bawah pimpinan Imam Mahdi.

Kubur Salahuddin di Syria, betul-betul di tepi Masjid Umawi. Puak Syiah paling benci dengan Salahuddin, antara sebabnya Salahuddin yang menjatuhkan kerajaan Syiah di Mesir, iaitu kerajaan Fatimiyyah.

Ada dakwaan mengatakan, sekiranya Amerika menyerang Syria, maka akan jadi Perang Dunia Ketiga. Apa pandangan ustaz?

Wallahua’lam. Saya rasa memang sudah dekat-dekat, tetapi saya tiada pengalaman dalam sejarah bab perang. Namun, tidak mustahillah (akan berlaku Perang Dunia Ketiga) kerana melihat contoh apabila Amerika kata hendak serang Syria, sekutu Syria, Russia kata; “Kalau engkau nak serang Syria, aku serang Arab Saudi”.

Arab Saudi pula sekutu Amerika. Sekutu Syria, iaitu Iraq, Iran, Russia dan semua sekutu dengan Russia ialah geng komunis, manakala Eropah dan Amerika pula sekutu dengan Arab Saudi. Jadi bila berlaku peperangan nanti, Wallahua’lam…tak mustahil berlaku.

Apa istimewanya Syria sebagai sebuah negara Syam?

Nabi pernah sebut dalam hadis; “Ya ALLAH, berkatkan pada Syam kami. Ya ALLAH, berkatkan kepada Syam kami. Ya ALLAH, berkatilah negeri Yaman kami”. Dalam hadis lain; Nabi Muhammad SAW bersabda; “Beruntunglah bagi penduduk Syam. Beruntunglah Syam. Beruntunglah Syam kerana Malaikat ar-Rahman yang sentiasa menghamparkan sayapnya ke atas ahli Syam.” (Riwayat Ahmad).

Nabi sebut lagi; “Sesungguhnya kota (perlindungan) kaum Muslimin ketika berlakunya al-malhamah (perang besar) ialah di suatu lembah subur di sudut kota yang dipanggil Dimasq (Damsyik). Dan ia adalah sebaik-baik kota di negara Syam”. (Riwayat Abu Daud).

Syam terdiri daripada empat negara iaitu Syria, Jordan, Palestin dan Lubnan. Para sahabat nabi pun ramai di negara itu. Di Syria, ada lebih 10,000 pusara sahabat Nabi. Antara sahabat Nabi yang meninggal di Syria ialah Bilal bin Rabah, Khalid al-Walid, Muawiyah bin Abu Sufyan, Abdullah bin Ummi Maktum dan Abu Darda.

Dari Abdullah bin Hawalah, dari Nabi SAW, baginda bersabda; Pada malam aku diisra’kan, aku melihat tiang-tiang putih seperti permata yang dibawa oleh para malaikat. Aku bertanya: “Apa yang kalian bawa?” Mereka menjawab: “Tiang-tiang al-Kitab.

Tugas kami untuk meletakkannya di Syam.” Dan ketika aku tidur, aku (bermimpi) melihat tiang-tiang al-Kitab muncul dari bawah. Kemudian aku mengira bahwasanya ALLAH yang Maha Perkasa lagi Maha Tinggi menjelma bagi penduduk bumi. Maka penglihatanku mengikutinya.

Ketika itu Dia adalah cahaya yang menerangi hadapanku hingga sampai ke Syam.” Kemudian Ibnu Hawalah berkata: “Wahai Rasulullah, wasiatilah aku!” Baginda bersabda: “Tinggallah di Syam.” (Riwayat at-Tabrani).

Dalam sebuah hadis lain, daripada Ibnu Hawalah, daripada Nabi SAW, baginda bersabda bahawa ada tiga tentera di akhir zaman nanti iaitu tentera Iraq, Yaman dan Syam. Lalu sahabat bertanya; “Pilih yang mana?”. Nabi berkata, hendaklah engkau bersama dengan tentera yang berada di Syam. Hadis ini diriwayatkan oleh at-Tabrani.

Apa yang berlaku di Syria, ada kaitan dengan tanda-tanda akhir zaman. Apa nasihat Ustaz?

Nasihat saya, jangan kata yang lawan Bashar ini adalah pemberontak, tetapi mereka adalah rakyat yang hendak mempertahankan hak dan akidah mereka. Banyak media kata rakyat Syria pemberontak. Kita wajib mempertahankan Syria. Isu Syria adalah isu umat Islam sedunia. Kadang kala, kita hanya mengambil berat isu Mesir tetapi kita ketepikan penyembelihan yang setiap hari berlaku di Syria.

Pesanan Ulama Palestin, Syeikh Raed Solah, selagi Damsyik tidak dibebaskan, jangan kamu mimpi Al-Aqsa akan dibebaskan. Bantulah mereka dengan dgn apa yang termampu dan jangan lupa doakan kemenangan untuk Islam.

Sumber : http://bm.harakahdaily.net/index.php/sudut-dakwah/22909-kisah-kehebatan-bapa-dan-anak

Tufail bin Amru adalah seorang penyair dan pemimpin Qabilah Ad Dausi di Yaman. Beliau datang ke Mekah pada tahun kesebelas kenabian. Ketibaannya disambut dengan penuh hormat oleh penduduk Mekah. Beliau sangat disegani oleh kaumnya dan disebabkan pengaruhnya itu, pihak Musyrikin Mekah bimbang seandainya beliau tertarik pada Islam. Oleh itu mereka telah merancang agar Tufail tidak mendengar apa-apa sahaja yang disampaikan oleh Rasulullah. Mereka berkata kepadanya :

“Engkau datang ke negeri kami, berwaspadalah terhadap seorang lelaki di kalangan kami. Dia menjadi masalah kepada kami. Dia telah memecah-belahkan masyarakat kami dan mengganggu urusan kami. Kata-katanya seperti sihir. Boleh memisahkan antara ayah dan anaknya. Memecah-belahkan sesama saudara-mara, suami dengan isteri. Kami bimbang kalau-kalau dia dapat mempengaruhimu dan kaummu seperti yang berlaku kepada kami. Jangan bercakap dengannya dan jangan mendengar cakapnya walau sedikit.”

Tufail mengikut sahaja kata-kata mereka.

Tufail menceritakan : “Demi Allah mereka terus menerus memperingatkanku dengan perkara itu sehingga aku mengambil keputusan tidak mahu mendengar dan bercakap dengannya. Bahkan aku menyediakan kapas penyumbat telinga supaya cakap-cakapnya tidak sampai kepadaku.

Sehinggalah suatu hari itu, apabila Tufail pergi ke masjid tiba-tiba beliau lihat Rasulullah bersembahyang di sisi Kaabah. Tufail berdiri berhampiran dengan Baginda. Dengan kuasa Allah Tufail mendengar sebahagian dari kata-kata Rasulullah.

Kata Tufail : “Aku mendengarnya dan aku dapati kata-kata yg baik. Aku pun berfikir sendiri, alangkah tidak baiknya kalau aku tidak membuat pertimbangan sendiri. Aku seorang penyair, aku boleh menilai baik dan buruk. Apakah yang menghalangku untuk mendengar dari lelaki ini apa yang diucap olehnya. Kalau baik, aku menerimanya dan kalau buruk aku menolaknya.”

Lalu Tufail mengikut lelaki itu beredar pulang ke rumahnya dan masuk menemuinya. Tufail ceritakan kisah kedatangannya dan amaran penduduk Mekah. Tufail meminta Rasulullah menerangkan ajaran yang dibawa Rasulullah kepadanya. Rasulullah menerangkan tentang Islam dan membaca Al Quran.

Kata Tufail lagi, “Maka demi Allah, aku tidak pernah mendengar kata-kata yg lebih baik darinya serta perkara yang lebih adil darinya. Aku terus menganut Islam dan mengikrarkan syahadah yang sebenar.”

Tufail pulang ke Yaman dan menyeru kaumnya kepada Islam termasuk bapanya dan isterinya dan ahli qabilah Ad Dausi. Dengan kuasa Allah, keluarga Tufail dapat menerima Islam yang diajarkan beliau. Namun sayang kerana hanya keluarga beliau sahaja yang menerima Islam tetapi tidak masyarakat Ad Dausi. Walaupun Tufail berpengaruh dalam masyarakatnya, beliau gagal mengislamkn mereka. Ini ujian dari Allah untuk Tufail. Beliau sedih dan kembali berjumpa Rasulullah.

Tufail menceritakan kepada Rasulullah tentang masyarakat Ad-Dausi dan memohon agar turunkan bala kepada masyarakatnya yang degil tidak mahu menerima Islam. Tapi Rasulullah sebaliknya berdoa akan kebaikan kepada masyarakat Ad-Dausi. Rasulullah menyuruh Tufail pulang dan terus menyampaikan ajaran Islam. Dan Alhamdulillah ramai masyarakat Ad-Dausi menerima Islam selepas itu.

Sejak itu hingga Rasulullah hijrah, Thufail menetap di negerinya dan mengajak kaumnya masuk Islam. Sementara itu telah terjadi perang Badar, perang Uhud, dan perang Khandaq. Setelah itu Thufail berhijrah ke-Madinah bersama 80 keluarga kaum Daus, yang kesilamannya tidak disangsikan lagi.

Rasulullah menyambut gembira kedatangan Thufail dan kaumnya dan sejak itu bersama-sama Rasulullah dalam banyak peperangan sehinggalah kota Makkah dibebaskan daripada kekuasaan kaum kafir Quraisy.”

Setelah pembebasan kota Makkah, Thufail bermohon kepada Rasulullah untuk kembali kepada kaumnya dan memusnahkan berhala-hala yang ada di sana. Rasulullah memberi izin kepada Thufail. Dia berangkat ke tempat berhala tersebut dengan sepasukan. Misinya berjaya dilakukan tanpa pertumpahan darah dan Seluruh kabilah Daus masuk Islam dan menjadi muslim sejati.

Thufail senantiasa mendamping Rasulullah SAW sehingga baginda wafat. Ketika Abu Bakar menjadi Khalifah, Thufail dan kaumnya patuh kepada pemerintahan Khalifah Abu Bakar. Tatkala berkecamuk peperangan membasmi orang murtad, Thufail turut sama pergi berperang bersama-sama tentera muslimin memerangi Musailamah Al-Kazab (Musailamah si pembohong). Begitu pula putera beliau, ‘Amr bin Thufail, yang selalu tidak mahu ketinggalan.

Ketika dalam perjalanan menuju Yamamah (kawasan tempat Musailamah), Thufail bermimpi: “Aku bermimpi kepalaku dicukur. Seekor burung keluar dari mulutku, kemudian seorang perempuan memasukkanku ke dalam perutnya. Anakku ‘Amr berusaha mengikutiku. Tetapi dia tak dapat berbuat apa-apa kerana antaraku dan dia ada dinding.”

“Sebuah mimpi nan indah!” komen kawan-kawannya.

Kata Thufail, “Sekarang, aku tafsirkan sendiri mimpi ini. Kepalaku dicukur, ertinya kepalaku dipotong orang. Burung keluar dari mulutku, ertinya nyawaku keluar dari jasadku. Seorang perempuan memasukkanku ke dalam perutnya, artinya tanah digali orang, lalu aku dikuburkan. Aku berharap semoga aku tewas sebagai syahid. Adapun tuntutan anakku, dia juga berharap supaya mati syahid seperti aku. Tetapi permintaannya dikabulkan kemudian.”

Benar, dalam pertempuran memerangi pasukan Musailamah Al-Kazab Thufail Ibnu ‘Amr Ad-Dausy, mendapat syahidnya. Puteranya Amr, meneruskan peperangan hingga tangan kanannya terpotong. Amr kembali ke Madinah meninggalkan tangannya sebelah dan jenazah bapanya di medan tempur Yamamah.

Pada zaman Khalifah Umar bin Khattab memerintah, Amr bin Thufail (putera Thufail) pernah datang ke majlis khalifah. Ketika dia sedang berada dalam majlis, makanan pun dihidangkan. Orang-orang yang duduk dalam majlis mengajak Amr supaya turut makan bersama-sama. Tetapi Amr menolak dan menjauh.

“Mengapa…?” tanya Khalifah. “Barangkali engkau lebih selesa makan di belakang. Mungkin engkau malu kerana tanganmu itu.”

“Betul, ya Amirul Mukminin!” jawab Amr.

Kata Khalifah, “Demi Allah! Aku tidak akan memakan makanan ini, sebelum ia kau sentuh dengan tanganmu yang kudung itu. Demi Allah! Tidak seorang jua pun yang sebahagian tubuhnya telah berada di syurga, melainkan hanya engkau.”

Mimpi Thufail menjadi kenyataan semuanya. Tatkala terjadi perang Yarmuk, Amr bin Thufail turut berperang bersama-sama dengan tentara muslimin. Amr tewas dalam peperangan itu sebagai syuhada’, seperti yang diharapkan bapanya. Semoga Allah memberi rahmat kepada Thufail dan kepada puteranya, Amr, syahid di medan tempur Yamamah dan Yarmuk.

http://dakwah.info/  dan  http://tarbiyah-dzatiyah.blogspot.com/

Rawatan 20102013 @ MNS (1) Rawatan 20102013 @ MNS (2) Rawatan 20102013 @ MNS (3) Rawatan 20102013 @ MNS (4)

Tangkal

Kalau tempoh hari saya menceritakan tentang seluar dalam sebagai pembalut azimat, kali ini saya ingin menyebutkan tentang tali pusat pula.

Saya bersama beberapa sahabat Darussyifa’ Sabah merawat seorang kenalan yang agak baik latar belakang kehidupan beragamanya. Anak muda yang sudah berkahwin tetapi di sekitarnya punya keluarga yang berpegang dengan adat lama yang bertentangan dengan norma agama.

Antara desakan orang tua dengan aturan agama, si anak agak serba salah apabila disuruh menjadikan sebuah bungkusan (foto di atas) dipegang semasa sakitnya. Bungkusan yang asalnya tidak diketahui asal usulnya, kononnya supaya yang sakit cepat sembuh.

Si anak banyak berdalih dan memberi bermacam alasan supaya tidak mengikuti perintah orang tua yang dikira bertentangan dengan agama, dan dalam masa yang sama tidak mahu berkasar dengan orang tua tersebut.  Apabila si anak tidak mahu mengikut kehendak orang tuanya, kebetulan pula penyakitnya belum sembuh.

Penyakit tidak sembuh sebab tidak bungkusan yang berisi tali pusat tersebut, demikian kepercayaan orang tua berkenaan. Begitu pun, pesakit berkenaan masih tetap mempercayai pengubatan dan rawatan menurut Islam.

%d bloggers like this: