Archive for 24 Oktober 2013


BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 22 Oktober. – Negara Brunei Darussalam hari ini melakar sejarah besar apabila mengazetkan Akta Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar’iah yang berkuat kuasa enam bulan selepasnya secara berfasa.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengumumkan perkara itu ketika bertitah pada Perasmian Majlis Ilmu 2013 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Dengan izin Allah juga, titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Akta Perintah itu mula digazetkan hari ini, 22 haribulan Oktober 2013, dan akan mula berkuat kuasa enam bulan selepasnya secara berfasa.

“Dengan ini Alhamdulillah, pada peringkat ini tanggungjawab kita di hadapan Allah telah pun tertunai,” titah Kebawah DYMM.

Baginda seterusnya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana Majlis Ilmu pada kali ini diisi dengan acara-acara bersejarah yang berkaitan dengan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar’iah.

Menyentuh mengenai tema Majlis Ilmu tahun ini yang memaparkan ‘Undang-Undang Jenayah Syar’iah Menjamin Keadilan dan Kesejahteraan Untuk Semua’, baginda bertitah, selaku yang datang daripada Allah memanglah wajar dan malah wajib untuk diyakini sebagai mampu untuk menjamin keadilan dan kesejahteraan bagi semua.

“Undang-Undang Allah disyari’atkan, bukanlah untuk kepentingan-Nya sendiri. Allah sama sekali tidak mempunyai apa-apa hajat, kerana Dia sendiri adalah Maha Sempurna. Yang berhajat itu ialah kita para hamba, termasuk hajat untuk dapat menikmati keadilan dan kesejahteraan,” titah baginda.

Lalu kerana hajat kita itulah, titah baginda, Allah Subhanahu Wata’ala pun dengan segala sifat kepemurahan-Nya telah menciptakan undang-undang untuk kita supaya kita menggunakannya bagi tujuan memperolehi keadilan.

Tarikh : 22 Oktober 2013

Tempat : Surau SMKA Limauan, Kimanis

Pertama kali masuk ke sekolah ini, perasaan saya begitu teruja dapat bersama anak-anak di sini bercerita tentang Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat Negeri Sabah. Sepanjang yang saya tahu, ada 3 alumni sekolah ini yang kini menuntut di maahad, dan saya berharap pada pengambilan akan datang akan ada wakil yang akan meneruskan kesinambungan wakil sekolah.

Saya juga berharap akan ada warga maahad pada tahun hadapan yang berasal dari sebelah pedalaman bawah, khususnya daerah Sipitang, Menumbok dan Kuala Penyu. Setakat ini tiada lepasan maahad dari Sipitang, manakala dari daerah Menumbok hanya pernah ada 2 orang dan Kuala Penyu hanya ada seorang pada tahun 2006.

Mudah-mudahan ada generasi penerusnya pada masa hadapan supaya setiap daerah ada penghafaz al-Quran yang mengaji di maahad ini.

SMKA Limauan (1) SMKA Limauan (2) SMKA Limauan (3) SMKA Limauan (4) SMKA Limauan (5) SMKA Limauan (6) SMKA Limauan (7) SMKA Limauan (8) SMKA Limauan (9) SMKA Limauan (10)

%d bloggers like this: