Cucu ke-21 di sebelah keluarga kami, Muhammad Alfateh dilahirkan pada 26 Jun 2013 di Kuantan. Fateh anak sulung adik saya, Syahnon dan isterinya Nurulhuda kedua-duanya guru agama yang masih dipisahkan oleh dua wilayah. Suami di WP Labuan dan isteri di Kota Kinabalu.

Anak sulung mereka sudah hampir 4 bulan, baru saja saya berkesempatan bertemu buat pertama kali walaupun mereka sudah pernah singgah di rumah kami sebelum ini, kerana saya tiada di sini. Fateh semakin besar, sama gagah dengan abang sepupu terdekatnya, Muhammad Ubay yang sudah berusia 2 tahun.

Ini pertemuan kedua mereka. Mula-mulanya Ubay bagai merajuk dan jual mahal sebab umminya memangku erat Fateh yang belum dikenalnya. Sejam mereka di rumah, Ubay berubah sikap. Dia galak merapati dan mencium adik sepupunya.

Fateh&Ubay (1) Fateh&Ubay (2) Fateh&Ubay (3) Fateh&Ubay (4)