Tarikh : 18 Okt 2013

Lokasi : Dewan SMK Likas Kota Kinabalu

Ketika masyarakat masih meraikan eidul adha, SMK Likas menjadi lokasi pertama saya diundang untuk menyampaikan ceramah berkenaan awal muharram yang dijangka disambut 3 minggu daripada sekarang. Bagus, bersemangat mereka.

Barang sudah ditentukan Allah SWT, ini kali kedua mengisi slot ceramah di sini sama insiden seperti sebelum ini. Pada akhir Ramadhan lepas, saya diundang di sini sebagai pengganti, 4-5 jam sebelum program sebenar. Kali ini begitu juga, dimaklumkan hanya beberapa jam sebelumnya, juga mengganti sahabat saya yang berkeuzuran. Cuma saya terpaksa menyimpan risau kerana diundang tanpa persediaan, justeru terpaksa mengulang-ulang sahaja apa yang pernah diceramahkan.

Umat Islam termasuk remaja di hadapan saya mesti mengetahui bahawa ketika peristiwa hijrah Nabi SAW berlangsung, di sana ada peranan pelbagai watak manusia. Ambillah iktibar pada hari ini, untuk melakukan kerja-kerja dakwah mesti dalam kerja berjamaah, seperti mana keterlibatan Sayyidina Abu Bakr as-Siddiq, Abdullah bin Abu Bakr, Asma’ binti Abu Bakr, Abdullah bi Uraqit dan lain-lain lagi.

SMK Likas (1) SMK Likas (2) SMK Likas (3) SMK Likas (4)