Dataran Labuan (6)

Majlis keraian yang sangat sederhana antara kami berdua diserikan dengan anak-anak enam orang yang soleh dan solehah. Sebelah petang jumaat saya menempah kek dengan sahabat yang berniaga kek, dan esoknya kami makan-makan sambil bercuti sehari semalam berdua sementara anak-anak tinggal sekejap bersama atok dan neneknya.

Kami tinggalkan aktiviti rutin, berjalan-jalan di tempat yang orang tidak mengenali kami dan sepanjang itu pula – kami berjalan dan makan-makan, kami tidak terjumpa siapa-siapa yang dikenal atau mengenal kami. Kami bagai pasangan baru kahwin dan belum punya anak..

Saya merasa belum menjadi suami dan bapa yang baik kerana kekurangan dan kelemahan yang ada. Walaubagaimanapun, kehadiran isteri dan anak-anak cukup membahagiakan kami. Terima kasih atas pengorbanan 11 tahun isteri tersayang. – 12 Okt 2002 – 12 Okt 2013.