Archive for 11 Oktober 2013


Kredit : http://akustressgiler.blogspot.com/2013/10/kreatif-kempen-anti-rokok-yang-unik-dan.html

Lokasi : Jalan-jalan utama di London

Mereka menggunakan watak-watak zombie untuk mengedarkan risalah kepada orang awam terutama perokok

health_express_01 health_express_02 health_express_03 health_express_04 health_express_05 health_express_06 health_express_07

Masjid Kg Contoh

Khatib : Ustaz Yusrino Yusuf

Lokasi : Masjid as-Salam Kg Contoh Petagas

Islam menganjurkan umatnya supaya mengisi bulan Haji atau bulan Zulhijjah ini dengan amal-amal ibadah dan amal-amal soleh sebagaimana yang disyariatkan. Antara amal-amal dan kelebihan fadilatnya, ialah :

1. Puasa Sunat pada Hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah bagi orang yang tidak ke Makkah, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Aku mengharapkan Allah menghapuskan kesalahan setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.” (HR Muslim).

2. Tidak memotong bulu dan kuku khusus kepada mereka yang berniat hendak melakukan Ibadat korban. Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: “Apabila masuk 10 terawal bulan Zulhijjah dan seseorang itu telah berniat untuk menunaikan ibadat korban, maka janganlah dia membuang (memotong) bulu dan kukunya.” (HR Muslim).

3. Anjuran dan galakkan supaya umat Islam yang berkemampuan melakukan Ibadah korban. “Dari Abi Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : Sesiapa yang mempunyai kelapangan (mampu) untuk berkorban tetapi dia tidak berkorban, maka janganlah dia datang mendekati tempat kami bersembahyang (masjid kami) ini”. (HR Imam Ahmad dan Ibnu Majah)

4. Pahala korban bagi setiap helai rambut dan bulu binatang korban. Dalam sebuah Hadith daripada Zaid bin Arqam, dia berkata : Para sahabat RasulullahSAW bertanya, wahai Rasulullah, apakah yang ada pada korban itu? Rasulullah SAW menjawab dengan sabdanya yang bermaksud: “Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim. Mereka bertanya lagi : Apa yang akan kami perolehi daripadanya wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab : Bagi setiap helai rambut ada kebajikannya. Mereka bertanya lagi : Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab : Bagi setiap helai bulu ada kebajikannya”. (HR Ibnu Majah).

5. Amalan paling disukai Allah SWT ialah ibadah korban menyembelih binatang ternak. Daripada Aisyah RA, Rasulullah SAW bersabda : Tidak ada suatu amalan anak Adam di hari-hari nahar, (Hari-hari ‘Aidil Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (menyembelih binatang korban), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ” (HR Hakim, Ibnu Majah dan At-Tirmizi).

6. Ibadah korban sebagai penebus dosa. Sabda Rasulullah SAW kepada Sayyidatina Fatimah RA, yang bermaksud: “Hai Fatimah, berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu”. (HR Al-Bazzar dan Ibnu Hibban).

%d bloggers like this: