Tarikh : 7 Oktober 2013

Sumber foto : Laman (page) Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat Negeri Sabah

Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat Negeri Sabah sekali lagi menerima kunjungan mesra, kali ini rombongan sekeluarga dari Negara Brunei Darussalam. Dalam kunjungan ini, rombongan Brunei diberikan taklimat tentang sejarah dan program pengajian di maahad ini. Pihak maahad juga sempat bertukar-tukar fikiran dengan ahli rombongan dan mencari jalan untuk membantu keperluan semasa maahad.

Rombongan berkenaan turut mewakafkan lebih 300 naskhah al-Quran cetakan negara tersebut untuk kegunaan maahad. Untuk rekod ini adalah kali kedua mereka mewakafkan al-Quran di maahad ini selepas kali pertama pada 3 tahun lalu. Adalah diharapkan kunjungan ini dapat mengeratkan hubungan antara dua wilayah ini yang sedia terjalin sekian lama.

Terdahulu, rombongan ini turut mengadakan kunjungan ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) di Wisma MUIS Kota Kinabalu.

brunei2 brunei3 brunei4 brunei5 brunei6 brunei7brunei1