Borang Darussyifa' Sabah

Urus setia Darussyifa’ Sabah masih membuka peluang dan mengalu-alukan penyertaan mereka yang berminat menyertai pengajian Pengubatan Islam anjuran Darussyifa’ Sabah kumpulan kedua yang dijangka akan diadakan pada awal tahun hadapan.

Urus setia berhasrat mengumpul penyertaan sehingga 100 peserta keatas sebelum memulakan kelas bagi menjimatkan kos pengajian. Sehingga kini, penyertaan yang diterima adalah sekitar 50-60 peserta. Pengajian ini diadakan pada sabtu dan ahad berselang minggu dan mengambil masa sehingga 12 kali pertemuan.

Untuk pengetahuan, pihak urus setia juga mengambil kira dengan tidak mengadakan kuliah pada cuti sekolah, bulan Ramadhan dan hari raya (jika berkaitan). Borang penyertaan pengajian dan pertanyaan boleh diperolehi dengan melayari laman (page) facebook.com/Darussyifa’ Sabah.