Muktamar DUPNS (1)

Muktamar Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah berlangsung dengan jayanya di Sepanggar pada 5 Oktober lepas dengan perasmian dilakukan oleh YB Ustaz Abdullah Hussin, AJK Dewan Ulamak PAS Pusat yang juga Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Johor dan ADUN Puteri Wangsa.

Dalam ucapannya, Ustaz Abdullah Hussin mengingatkan perwakilan bahawa menjadi suatu sunnatullah perjuangan Islam akan berhadapan dengan cabaran dan tribulasi dari pelbagai segi. Kalangan para nabi dan salafussoleh ada yang berhadapan ujian lebih berat berbanding apa yang kita alami pada hari ini.

Justeru katanya, para ulamak hendaklah terus mengukuhkan ilmu pengetahuan dan istiqamah dalam membimbing masyarakat pelbagai kaum seperti yang ada di Sabah. Beliau yakin dengan strategi dan pendekatan yang betul, rakyat Sabah akan menerima dakwah Islam dan perjuangan PAS.

Dalam muktamar itu juga, ketua DUPN Sabah diamanahkan kepada Ustaz Nuruddin Ibrahim yang mengekalkan jawatan tanpa bertanding. Muktamar juga mengambil ketetapan untuk mengukuhkan dewan tersebut dengan aktiviti dan program yang lebih menyeluruh bagi melahirkan para ulamak haraki dan membantu parti membimbing ahli dari segi tarbiyyah, dakwah dan siyasah.

Turut hadir ialah Pesuruhjaya PAS Sabah Aminuddin Aling, Setiausaha PAS Sabah Ustaz Awang Laiman Hj Ikin dan 100 perwakilan urusan ulamak dan pemerhati seluruh negeri.

Muktamar DUPNS (2) Muktamar DUPNS (3)