Archive for 5 Oktober 2013


Spender

Terlibat dalam aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan seperti Darussyifa’ memberi banyak pengalaman berharga buat kami. Apatah lagi Darussyifa’ adalah satu NGO Islam yang membantu khususnya dalam pengubatan Islam. Tidak sedikit pengalaman berhadapan dengan pesakit yang menderita pelbagai ujian.

Salah satu kes yang menarik ditemui oleh sahabat kami yang merawat baru-baru ini ialah berkaitan dengan seluar dalam yang menjadi sebahagian daripada tangkal atau azimat yang dibekalkan kepada pesakit.

Ketika datang seorang pesakit kepada kami, bersama-samanya sebungkus plastik yang berisi tangkal-tangkal seperti wafaq, gambar orang-orang tertentu dan lain-lain. Ada lagi bungkusan berwarna kuning beserta gambar pesakit bersama bekas pasangannya, manakala sebungkus lagi berwarna hitam turut diserah kepada perawat.

Apabila sahabat kami yang bertindak sebagai perawat ini hendak membuka, pesakit berkenaan tiba-tiba lari ketakutan. Di dalamnya ada benda keras yang dibalut kain yang kemudian dikenal pasti sebagai seluar dalam lelaki. Benda keras yang berbungkus itu pula ialah botol yang didakwa bekas diisi minyak urut.

Semua azimat dan tangkal berkenaan kemudiannya diruqyah dengan ayat-ayat pembatal sihir sebelum dihapuskan oleh para perawat yang ada ketika itu. Kita berlindung dengan Allah SWT agar tidak terlibat dengan kepercayaan terhadap tangkal atau azimat sebegini yang boleh membawa dosa kepada pengamalnya.

Allah SWT sahaja yang mengetahui apa niat sebenar penghantar benda-benda ini diberikan kepada pesakit. Boleh jadi mereka mempercayai pesakit berkenaan sentiasa teringat-ingat dan terbayang-bayang orang yang menghantarnya atau sebagai membalas dendam atau dengki atas kisah silam mereka. Wallahu a’lam, semoga Allah SWT memberi kesihatan kepada pesakit yang kami rawat insya Allah.

Tajwid

Alhamdulillah, stok baru buku tajwid sebanyak 30 buah sudah tiba di rumah beberapa hari lepas. Sebahagian untuk mereka yang sudah menempah sejak sebelum Ramadhan lagi dan sebahagian masih belum berpunya.

Buku dengan kulit baru yang lebih segar. Insya Allah tidak rugi memiliki  sebagai panduan dan rujukan dalam ilmu tajwid dan yang berkaitan dengannya. Hubungi saya sebelum stok habis. Ada separuh lagi untuk dimiliki.

%d bloggers like this: