Talaqqi MTQQNS

Selain kelas talaqqi al-Quran secara rasmi di kelas persijilan maahad, saya buat sedikit inisiatif secara percuma untuk mengadakan talaqqi al-Quran kepada siswa-siswi maahad di luar waktu pengajian. Memang agak sulit kerana masa yang terbatas dan yang hendak bertalaqqi agak ramai.

Masa yang ada di maahad banyak terpenuhi dengan kelas rasmi sebelah pagi sementara sebelah petang pula siswa siswi kami sibuk untuk menghafaz al-Quran sebagai bekalan tasmik pada keesokan harinya.

Kira-kira hampir separuh siswa siswi yang mahu bertalaqqi, paling tinggi baru dalam juzu’ 5 dan kebanyakannya baru bermula di juzu’ 1. Semoga Allah SWT memberikan masa yang banyak untuk kami menyemak tilawah al-Quran. Saya berazam membentuk mereka sebagai qari dan qariah al-Quran yang kemas tajwidnya.