Archive for 4 Oktober 2013


SS Bungsu Aziz

Khatib : SS Ustaz Haji Bungsu Aziz Jaafar

Lokasi : Masjid al-Hilal Tanjung Dumpil Putatan

“Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada kalangan lelaki dan perempuan, dan Kami menjadikan kamu bersuku kaum dan berbangsa-bangsa. Sesungguhnya orang yang paling mulia di kalangan kamu ialah mereka yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”

Allah SWT telah menjadikan kehidupan kita di muka bumi ini dengan masyarakat majmuk, bermacam agama dan suku kaum, apatah lagi kita seperti di Negeri Sabah. Suku kaum ini tidak dapat diubah walaupun seseorang individu itu berubah agamanya.

Walaupun suku kaum ini terlalu ramai dan kita diperintahkan agar saling berkenalan antara satu sama lain, bangsa dan suku ini bukanlah suatu kebanggaan kerana menurut Islam, mereka yang tinggi taqwanya kepada Allah SWT adalah mereka yang paling mulia di sisi Allah SWT.

Perjuangan hanyalah berlandaskan Islam dan kaum itu hanyalah sebagai alat atau landasan sebagaimana Rasulullah SAW memanfaatkan kelebihan bangsa Quraisyh untuk kepentingan dakwah Islam yang baginda sebarkan kepada masyarakat ketika itu.

Talaqqi MTQQNS

Selain kelas talaqqi al-Quran secara rasmi di kelas persijilan maahad, saya buat sedikit inisiatif secara percuma untuk mengadakan talaqqi al-Quran kepada siswa-siswi maahad di luar waktu pengajian. Memang agak sulit kerana masa yang terbatas dan yang hendak bertalaqqi agak ramai.

Masa yang ada di maahad banyak terpenuhi dengan kelas rasmi sebelah pagi sementara sebelah petang pula siswa siswi kami sibuk untuk menghafaz al-Quran sebagai bekalan tasmik pada keesokan harinya.

Kira-kira hampir separuh siswa siswi yang mahu bertalaqqi, paling tinggi baru dalam juzu’ 5 dan kebanyakannya baru bermula di juzu’ 1. Semoga Allah SWT memberikan masa yang banyak untuk kami menyemak tilawah al-Quran. Saya berazam membentuk mereka sebagai qari dan qariah al-Quran yang kemas tajwidnya.

%d bloggers like this: