Binatang-Halal-dan-Haram

1. ALKOHOL DALAM MAKANAN, MINUMAN, PEWANGI DAN UBAT-UBATAN

Sumber : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/alkohol-dalam-makanan-minuman-pewangi-dan-ubat-ubatan

Berdasarkan taklimat, pembentangan dan penjelasan yang disampaikan oleh pakar-pakar daripada Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia serta dengan mengambilkira keputusan-keputusan yang telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terdahulu, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut:

  1. Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis.
  2. Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.
  3. Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyaialkohol di bawah aras 1%v/v adalah harus (boleh) diminum.
  4. Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
  5. Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh ) dimakan/diminum
  6. Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuktujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.
  7. Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dandiharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.

 

2. ALKOHOL SEBAGAI PENSTABIL MINUMAN RINGAN

Sumber : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/alkohol-sebagai-penstabil-minuman-ringan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-22 yang bersidang pada 24 Nov 1988 telah membincangkan Alkohol Sebagai Penstabil Minuman Ringan. Muzakarah telah memutuskan bahawa kordial yang mengandungi bahan perisa (flavour) yang dimasukkan alkohol untuk tujuan penstabilan adalahharus (boleh) digunakan untuk tujuan minuman sekiranya:

  1. Alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak.
  2. Bahawa kuantiti alkohol dalam perisa (flavour) itu adalah sedikit iaitu tidak memabukkan.

 

3. ALKOHOL MENURUT PANDANGAN ISLAM

Sumber : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/alkohol-menurut-pandangan-islam

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-7 yang bersidang pada 11 – 12 April 1984 telah membincangkan Alkohol Menurut Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Setiap minuman arak mengandungi alkohol. Bukan semua alkohol itu mengandungi arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum.
  2. Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak sama ada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
  3. Minuman ringan yang dibuat bukan dijadikan arak atau bahan yang mabuk dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal.
  4. Tapai halal dimakan.
  5. Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan boleh dimakan.
  6. Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan.

 

4. PENGGUNAAN ALKOHOL SEMASA SOLAT

Sumber : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/penggunaan-alkohol-semasa-solat

Tarikh Keputusan : 1 Jan, 1970. Negeri : Kelantan

Keputusan:  Menurut maklumat yang di terima alkohol ialah nama yang digunakan di dalam kaedah saintifik kepada sebatian yang mempunyai kumpulan hidroksi (-OH), dan dikenali ada dua jenis yang agak baik, iaitu:

i) Alkohol kayu (methanol)

ii) Alkohol biji-bijian (ethanol)

Kedua jenis alkohol ini mempunyai sebatian yang merupakan formula am struktur (R-OH.

Methanol adalah sebatian yang mempunyai formula struktur (CH-OH). Di hospital ia dikenali dengan nama ‘spirit’ yang dipakai untuk membunuh kuman. Jenis ini tidak digunakan untuk minuman. Ethanol adalah sebatian yang mempunyai formula struktur(CH3CH2-OH) bahan inilah yang digunakan sebagai campuran dalam minuman keras.

Dari penjelasan ringkas mengenai jenis alkohol itu dapat dapat disimpulkan bahawa setiap arak atau minuman keras ada mengandungi alkohol tetapi tidak semua alkohol itu adalah arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis. Alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum.

Selain itu alkohol juga terhasil dari lebihan proses pembuatan makanan seperti tapai, sama ada dari ubi kayu atau pulut. Ianya adalah tidak najis dan harus dimakan. Ubat-ubatan, minyak wangi yang dicampurkan alkohol yang diproses bukan untuk pembuatan arak adalah harus dan dimaafkan.

5. ISU PEMBELIAN DAN PENGGUNAAN ALCOHOL ANALYSER (ALAT PENGESAN ALKOHOL)

Sumber : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/isu-pembelian-dan-penggunaan-alcohol-analyser-alat-pengesan-alkohol-0

Tarikh Keputusan:  13 May, 2000. Negeri : Pulau Pinang

Keputusan : Jawatankuasa memutuskan perkara-perkara seperti berikut:

  1. Jawatankuasa Syariah memberi sokongan penuh kepada pegawai Penguatkuasa untuk membeli dan menggunakan alat tersebut.
  2. Penggunaan alat ini tidak bertentangan dengan kehendak syarak bahkan peralatan yang lebih canggih patut digunakan sebagai memenuhi tuntutan semasa.
  3. Pengguaan peralatan ini oleh sesetengah negeri ternyata berkesan bagi mengawal mesyarakat Islam terlibat dengan arak.
  4. Kaedah pengguaan alat ini mengikut kaedah pakej belian dan latihan.
  5. Enakmen kesalahan jenayah Syariah seksyen 9 telah memberi kuasa kepada Penguatkuasa Agama islam sehingga memaksa mereka yang disyaki meminum minuman arak bagi ujian penafasan.
  6. Mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya mengeluarkan satu surat arahan kepada premis-premis menjual arak supaya jangan menjual arak kepada orang Islam.

 

6. ETIL ALKOHOL DALAM MAKANAN

Sumber : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/etil-alkohol-dalam-makanan

Tarikh Keputusan :  29 Jun, 2010. Negeri : Johor

Keputusan :

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 16 Rejab 1431 bersamaan 29 Jun 2010 telah membincangkan mengenai Etil Alkohol Dalam Makanan.

Alahamdullilah fatwanya :

  1. Setiap minuman arak mengandungi Alkohol Etanol yang memabukkan tetapi bukan semua alkohol itu dari arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis.
  2. Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak samada mengandungi sedikit alkohol atau alkohol yang disulingkan adalah haram diminum.
  3. Minuman ringan yang dibuat bukan untuk dijadikan arak atau bukan yang memabukkan dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal.
  4. Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan dan minuman tidak najis dan boleh dimakan.

Kandungan Etil Alkohol yang terdapat di dalam makanan dan minuman yang dibenarkan adalah tidak lebih daripada 0.01%. Oleh itu, produk yang boleh diberikan pensijilan halal adalah :

  1. Kod sampel : 229 (L-090310-UCK(b)
  2. Kod sampel : 231 (L-090310-RT(a)
  3. Kod sampel : 232 (L-090310-RT(b)
  4. Kod sampel : 233 (L-090310-RT(c)

Manakala baki produk yang lain tidak menepati syarat dan tidak boleh diberi pensijilan halal.

والله أعلم بالصواب