Archive for 6 September 2013


Masjid al-Hilal

Khatib : Haji Lamsin Anggali

Lokasi : Masjid al-Hilal Tanjung Dumpil Putatan

قُلْ اِنَّ الْمَوْتَ الَّذِى تَفِرُّوْنَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلَقِيكُمْ ثُمَّ تُرَدُّوْنَ اِلَى عَلِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَدَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

Katakanlah : ”Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. ” (QS Al-Jumuah : 8).

Kematian adalah satu subjek yang tidak digemari oleh ramai orang untuk berbicara tentangnya. Walaubagaimanapun semua kena menyedari bahawa akhir kepada kehidupan di dunia ini ialah kematian. Inilah suatu kepastian tidak boleh dinafikan.

Justeru, apakah persediaan kita untuk menghadapinya? Bagaimana amal soleh kita adakah bertambah? Bagaimanakah kejahatan kita adakah berkurang? Kerana sesungguhnya manusia yang bijak ialah mereka yang melakukan persediaan untuk menghadapi masa selepas kematiannya.

Burhanuddin_Helmy

Sumber : http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/subky-latif/21808-khutbah-kata-dr-burhanuddin-pejuang-kemerdekaan

Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor menyarankan supaya sejarah kemerdekaan dikaji dan ditulis semula. Ramai yang berkongsi pandangan dengannya kerana selama 56 tahun kemerdekaan, sejarah itu seolah-olah hak Umno saja.

Perjuangan kemerdekaan digambarkan bermula dari penolakan Malayan Union  dan dikepala oleh Tunku Abdul Rahman saja. Kurang seminggu selepas Khalid menyuarakan pandangannya itu,  saya bagaikan terasa sejarah itu sudah mulai ditulis semula.

30 0gos hari Jumaat. Saya solat Jumaat  di Wilayah Persekutuan. Khutbah Jawi hari itu ialah tentang kemerdekaan negara. Terkejut saya kerana khutbah yang dibaca khatib menyebut bahawa al-Marhum Dr Burhanuddin al-Hilmy adalah  salah seorang dari pejuang utama kemerdekaan negara.

Khutbah itu adalah salah satu pandangan rasmi kerajaan. Tidak pernah sebarang kenyataan rasmi kerajaan selama 56 tahun lalu menyebut tokoh PAS itu pejuang atau pelopor kemerdekaan negara kita. Hanya Dato Kamaruddin Jaafar dan rakan-rakannya dalam PAS mengira bapa kemerdekaan sebenarnya ialah Dr Burhanuddin.

Khtubah Jumaat Jawi itu sekadar menyebut beberapa nama orang bersejarah sebagai pejuang kemerdekaan. Diakuinya antara pejuang itu ialah Mat  Kilau. Tokoh Umno disebutnya seorang saja iaitu Tunku Abdul Rahman Putra dan tokoh pembangkang dari PAS seorang juga iaitu Dr Burhanuddin.

Yang lain-lain tidak  disebut, memadai ia sekadar menyebut, ‘……dan lain-lain.’ Agaknya antara yang dimaksudkan ialah Pak Sako, Ibrahim Yaakub, Tun Razak dan Ahmad Boestamam. Walaupun Malayan Union ada disentuh tetapi khutbah itu tidak menyebut nama Dato Onn Jaafar. Dia adalah orang penting yang menumbangkan Malayan Union jika Malayan Union itu hendak dimasukkan sebagai satu sejarah dalam sejarah kemerdekaan.

Kalau Umno itu dikira sebagai pelopor agen kemerdekaan, maka yang menubuhkan Umno ialah Dato Onn, tetapi namanya tidak disebut dalam khutbah Jawi itu. Yang disebut Tunku sebagai mewakili pihak Umno. Adapun Dr Burhanuddin tidak dipertikai oleh pembangkang bahawa dia memang terlibat memperjuangkan kemerdekaan lama sebelum Tunku muncul dalam politik.

Di luar masjid ramai orang yang dipercayai setuju sejarah kemerdekaan itu ditulis semula menyatakan terkejutnya nama Dr Burhanuddin disebut. Moga-moga tiada Umno totok membantah Jawi mengedarkan khutbah yang memecahkan monopoli sejarah kemerdekaan itu adalah hak dan milik Umno saja. Moga-moga ia bukan yang pertama dan yang terakhir menyuarakan penilaian semula sejarah itu.

Tanda sejarah itu cuba dibaharui ialah apabila Yang Dipertuan Agong pada hari keputeraan baginda dua bulan lalu menganugerahkan gelaran Tan Sri kepada Ustaz Azizan Razak, menjadikan beliau orang PAS pertama dalam masa 56 tahun merdeka diberi pengiktirafan oleh kerajaan.

Tok Guru Nik Aziz 23 tahun jadi Menteri Besar  Kelantan  dan sepanjang hidupnya berdakwah, tidak terfikir sebelum ini kerajaan BN hendak merakam sejarahnya dengan memberi Tan Sri dan Tokoh Maal Hijrah kepadanya. Bermula dengan sejarah Tan Sri Azizan itu, nampaknya sejarah sudah tidak wajar dan tidak boleh digelapkan lagi.  Mungkin menggelapkan sejarah juga satu dari kerja kongsi gelap.

%d bloggers like this: