Archive for 18 Ogos 2013


Sepanjang pengajian di Mesir 10 tahun lalu dan bergaul bersama rakan-rakan Sabahan di bawah naungan Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir (BKPSM), saya sempat berada di bawah ‘pemerintahan’ lima Yang Dipertua BKPSM (kalau tidak salah) iaitu Ustaz Haji Asman Mohd Ali, Ustaz Haji Firmanshah Mohd Yunus, Ustaz Haji Mustakim Maisar, Ustaz Haji Sahrum Samlan dan Ustaz Haji Norazlan Mahmud.

Dalam tempoh hari raya ini, kami sekeluarga sempat berziarah dan bertemu dengan tiga mantan YDP BKPSM, iaitu Ustaz Haji Mustakim Maisar, Ustaz Haji Sahrum Samlan dan Ustaz Haji Norazlan Mahmud.

Ustaz Haji Mustakim kini berada di Selangor mencebur diri dalam bidang perkhidmatan pelancongan khususnya pemandu pelancong kepada pelancong dari Timur Tengah. Dalam tempoh ziarah raya baru ini kami singgah di rumah keluarga isterinya di Kg Kerukan Kuala Penyu bertemu sahabat lama ini. Ustazah Noranimah juga adalah teman baik isteri saya semasa di Mansoura.

Ustaz Haji Sahrum pula yang kami ziarahi di WP Labuan membawa berita gembira dengan anak kedua dan rumah comel mereka sendiri yang baru siap diduduki beberapa bulan kebelakangan. Isterinya juga teman baik isteri saya lepasan Universiti al-Azhar Kaherah dan kini bertugas di UMS Labuan. Berdasarkan maklumat teman-teman lain, nama Ustaz Sahrum semakin harum di Labuan dengan undangan tazkirah, sementalahan beliau juga salah seorang aktivis Darussyifa’ Labuan.

Ustaz Haji Norazlan juga berumahtangga di WP Labuan, selain sebagai guru JQAF beliau juga perawat Darussyifa’ Labuan seperti Ustaz Sahrum. Beliau juga punya potensi untuk menonjol sebagai pendakwah-pendakwah muda tempatan yang diharapkan melonjakkan Islam di Labuan ini.

Sebagai ahli biasa semasa di Mesir, saya merasa seronok dapat bertemu pimpinan pelajar saya satu ketika dahulu yang membawa ingatan kepada kenangan-kenangan manis.

Mustakim Maisar (1) Mustakim Maisar (2) Mustakim Maisar (3) Sahrum Samlan (1) Sahrum Samlan (2) Norazlan Mahmud

Pada hari raya keenam, dalam misi ziarah raya kami turut menyinggahi rumah keluarga besar kami di Kg Rancha-Rancha Darat Labuan yang ditimpa musibah kebakaran pada ramadhan lepas. Saya ada mencatatkan dalam blog ini musibah tersebut yang mengorbankan dua nyawa orang yang rapat dalam keluarga kami.

Selepas musibah itu berlaku ramai kerabat dari serata Labuan dan tanah besar Sabah berziarah ke lokasi dan menzahirkan kesedihan dan menghulurkan sumbangan setakat kemampuan masing-masing. Abang saya yang bekerja di Arab Saudi turut mengutip derma dan mengirimkan sumbangan kepada waris yang ada.

Rumah terbakar (1) Rumah terbakar (2) Rumah terbakar (3) Rumah terbakar (4) Rumah terbakar (5) Rumah terbakar (6) Rumah terbakar (7) Rumah terbakar (8) Rumah terbakar (9) Rumah terbakar (10) Rumah terbakar (11)

%d bloggers like this: