Archive for 12 Ogos 2013


Tarikh : 31 Julai 2013

Lokasi : Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah

Khairul Anuar Doing atau lebih manja kami panggilnya dengan Khai adalah mantan YDP persatuan pelajar di maahad ini pada sesi lalu. Seorang anak muda yang berbakat dalam kepimpinan. Mempunyai daya komunikasi yang baik dan interaksi yang bagus dengan semua orang yang bergaul dengannya.

Khai dalam senarai urutan keenam yang khatam dalam kelasnya selepas Hardi, Subri, Sadri, Hakim dan Rizu. Tiga yang terakhir iaitu Sadri, Hakim dan Rizu dengan Khai saling bersaing dalam hafazan dan tasmik mereka. Sementara Subri dan Sadri sudah khatam bersama saya, Hardi, Hakim, Rizu dan Khai tasmik dengan Ustaz Sahiful.

Di pihak Sahiful hanya tinggal Mohd Khairul Abd Razak saja yang berbaki, itu pun sudah dalam juzu’ ke 27. Sementara saya ada empat orang – Azizah (Juz 26), Afikah (25), Azleha (25) dan Asnawi (23). Insya Allah doakan mereka akan khatam pada masa yang terdekat khususnya dalam bulan syawal nanti.

Sementara untuk Khai, peribadi saya sangat menyenanginya, semoga Allah SWT melindungi anak muda yang baik ini dengan segala kebaikan dan kecemerlangan. Ya Allah saya bersaksi.

khai1 khai2

Tarikh foto : 5 Ogos 2013

Lokasi : Asrama Putera lama SMUI Toh Puan Hajah Rahmah Kota Kinabalu, Jalan Sembulan. 

Sudah lebih setahun lokasi ini dikosongkan sejak sekolah mendapat lokasi baru di Kinarut berjiran dengan Pasukan Gerak Am (PGA). Sesekali limpas di sini, sayu hati melihat tempat yang banyak mendidik hidup bersama-sama senior dan junior sepersekolahan.

Saya tinggal di bilik 3, iaitu di bilik paling hujung dan bangunan paling hadapan bertentangan dengan bomba. Di sini saya tinggal sejak sampai pada disember 1991 sehingga pertengahan 1995, kemudian berpindah ke bilik 5 di blok pertengahan apabila dikumpul bersama rakan-rakan maahad tahfiz.

Banyak kisah suka duka di asrama ini, tawa dan air mata dan kenangan manis dan sedih bersama pengawas yang sempat dan saling bertukar iaitu Ustaz Mustafa Majid, Cikgu Samin Ongki, Ustaz Hamdani dan Ustaz Ali Aero.

Juga rakan-rakan sebilik di bilik 3 antaranya Abang Norali Awang Damit, Jurin Juharif, Asman Mohd Ali, Syawal Mokhtar, Darwis Jati, Ridhuan Hussin, Abdul Amir Mohd Arapa, Umarang T Joke, Herwan Harun, Syed Mahazir, Juhidin Jukilin dan Jumain Amin.

Kini seluruh bangunan dalam aspura ini sudah dirobohkan dan khabarnya sudah berpindah milik kembali kepada USIA.

Aspura TPHR lama (1) Aspura TPHR lama (2) Aspura TPHR lama (3) Aspura TPHR lama (4)

%d bloggers like this: