Archive for 10 Ogos 2013


Masjid as-Saadah Kg Pimping Membakut

Khatib : SS Ustaz Haji Bungsu Aziz Jaafar

Lokasi : Masjid as-Saadah Kg Pimping Membakut

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.” (Ali Imran : 103)

Apabila kita diajar agar berpegang teguh dengan tali Allah ialah dengan makna mengikut seluruh ajaran Islam dengan merujuk al-Quran al-Karim, Sunnah Rasulullah SAW dengan suluhan dan bimbingan para ulamak yang ikhlas.

Sesuatu yang menjadi ujian pada hari ini ialah apabila umat Islam merujuk semata-semata melalui internet, baik yang namanya blog, web, google, yahoo, facebook dan sebagainya dan tidak membuat rujukan kepada para alim ulamak yang lebih memahami nas dan dalil menggunakan kaedah sahih.

Dunia terbuka pada hari ini juga, manusia yang mempunyai niat yang salah telah menyalurkan ajaran sesat dan bertentangan dengan Ahli Sunnah wal Jamaah melalui internet, maka manusia awam telah melayarinya secara bebas. Apatah lagi ada kalangan manusia yang ingin berubah dan bertaubat tetapi sekali lagi tersalah lorong dengan memasuki ajaran sesat dan salah.

Manusia telah menafsir ayat al-Quran sesuka hatinya, membuat andaian bebas terhadap hadith-hadith Nabi SAW sehingga menyeleweng daripada ajaran Islam.

tphr

Sukacita saya turut ingin mengambil saham dengan kerja-kerja kebajikan, bermanfaat serta berpanjangan.

Sekolah lama kami tempat banyak menadah ilmu – walaupun kini di lokasi yang baru di Kinarut- Sekolah Menengah Agama Negeri Toh Puan Hajah Rahmah melalui maktabahnya (perpustakaan) memerlukan sumbangan mereka yang sudi untuk mewakafkan atau menyumbang buku-buku bermanfaat ke maktabah sekolah berkenaan.

Sila hubungi Ustazah Azlinah Abd Gani, guru maktabah yang berdedikasi untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini. No telefon : 010-9452100. Semoga sumbangan tuan puan akan dikira sebagai amal jariah bermanfaat dan beroleh ganjaran daripada sisi Allah SWT.

%d bloggers like this: