Archive for 8 Ogos 2013


Sepanjang Ramadhan lepas, saya dapat berziarah ke 27 buah masjid dan surau, merangkumi daerah Papar, Putatan dan Kota Kinabalu. Saya dapat merasai nikmat sebagai makmum di kebanyakan lokasi, dan hanya menjadi imam tarawih di dua lokasi iaitu Surau Riyadhus Solihin Taman Austral dan Masjid as-Sobirin Kg Sipanggil Putatan.

Banyak teladan dan sempadan yang saya perolehi, antaranya bagaimana pihak masjid dan surau mengendalikan jamaah kanak-kanak yang ramai dan bising, bacaan bilal @ muazzin ada yang bagus dan sebaliknya, bacaan imam yang menarik dan merdu serta sebaliknya, isu-isu keselamatan yang berlaku seperti kes-kes kecurian, tazkirah antara selang solat tarawih, pengendalian jamuan moreh dan sebagainya.

Kesimpulannya, masih banyak yang perlu dilakukan dan diperbaiki baik terutamanya JK Masjid dan Surau. Dalam masa yang sama banyak perkara juga yang boleh dicontohi dan dibawa ke masjid-masjid surau yang lain. Tiada salahnya pihak masjid dan surau melakukan ziarah dan kunjungan ke masjid surau yang lain, meminta pandangan dan bertukar maklumat dan kepakaran demi memperbaiki kualiti pengurusan sepanjang Ramadhan.

Walaupun saya berziarah hanya 29 lokasi, saya kira ia mewakili kebanyakan masjid dan surau yang berada di seluruh negeri. Ini kerana dalam misi ziarah, ada masjid yang besar dan ramai, ada juga surau-surau kecil dan sedikit jamaah telah saya ziarahi.

Saya catatkan lokasi masjid dan surau yang saya ziarahi untuk tahun ini :

Papar (7 buah) : Masjid Daerah Papar, Surau Kg Buang Sayang, Surau Kg Melugus, Masjid Kg Bundusan/ Pengalat Kecil, Masjid Azizurrahman Kimanis, Masjid Kg Brunei Kimanis & Masjid Imam Abdullah Kimanis.

Putatan (7 buah) : Masjid as-Sobirin Kg Sipanggil, Masjid Daerah Putatan, Masjid Nurul Iman Kg Pasir Putih, Masjid al-Hilal Tg Dumpil, Masjid as-Salam Kg Contoh, Masjid al-Mahabbah Kg Muhibbah Petagas & Masjid Nurul Jannah Kg Petagas.

Kota Kinabalu (15 buah) : Surau ar-Rahman Maahad Tahfiz, Surau Kuarters Penjara Kepayan, Surau Riyadhus Solihin Taman Austral, Surau Taman Sri Gaya, Masjid an-Nur IPG Gaya, Surau Nahdatul Ilmiah Taman Sempelang, Masjid Negeri Sabah, Masjid Kg Sembulan Lama, Masjid (sementara) Kg Tanjung Aru Lama, Masjid Nurul Hikmah Bukit Padang, Surau Universiti Apartment, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Masjid Jamek Kg Likas, Masjid Nurul Nurul Hidayah Kg Bangka-Bangka Likas & Pusat Islam Politeknik Kota Kinabalu Sepanggar.

Tarawih 1434 (1)

Surau Riyadhus Solihin Taman Austral Kepayan

Tarawih 1434 (2)

Masjid as-Sobirin Kg Sipanggil Putatan
Tarawih 1434 (3)

Surau Taman Sri Gaya
Tarawih 1434 (4)

Masjid an-Nur IPG GayaTarawih 1434 (5)

Surau Kuarters Penjara KepayanTarawih 1434 (6)

Masjid al-Hilal Tanjung Dumpil PutatanTarawih 1434 (7)

Masjid al-Mahabbah Kg Muhibbah PetagasTarawih 1434 (8)

Masjid Politeknik Kota Kinabalu SepanggarTarawih 1434 (9)

Masjid Nurul Hikmah Bukit Padang Tarawih 1434 (10)

Masjid Kg Sembulan Lama Kota KinabaluTarawih 1434 (11)

Masjid Kg Tanjung Aru Lama, Kota KinabaluTarawih 1434 (12)Masjid Negeri Sabah Kota Kinabalu

Tarawih 1434 (13)

Masjid Kg Brunei KimanisTarawih 1434 (14)

asjid Imam Abdullah Kimanis
Tarawih 1434 (15)

Masjid Azizurrahman KimanisTarawih 1434 (16)

Masjid Nurul Hidayah Kg Bangka-Bangka LikasTarawih 1434 (17)

Masjid Jamek Kg Likas Tarawih 1434 (18)

Masjid Bandaraya Kota KinabaluTarawih 1434 (19)

Masjid Nurul Jannah Kg Petagas Tarawih 1434 (20)

Masjid as-Salam Kg Contoh PetagasTarawih 1434 (21)

Masjid Nurul Iman Kg Pasir Putih PutatanTarawih 1434 (22)

Masjid Daerah PutatanTarawih 1434 (23)

Masjid Daerah PaparTarawih 1434 (24)

Surau Kg Buang Sayang Papar
Tarawih 1434 (25)

Surau Kg Melugus Papar
Tarawih 1434 (26)Masjid al-Falah Kg Bundusan / Pengalat Kecil Papar

Tarikh : 4 Ogos 2013

Lokasi : Kingfisher Ujana, Likas

Kebiasaannya usrah kami berlangsung pada waktu malam setiap minggu sama-sama membaca ma’thurat, membaca hadith dan membincangkan isu semasa umat Islam dan tanahair. Namun pada bulan Ramadhan kami memberi peluang semua ahli menumpukan perhatian kepada ibadah khusus terutamanya solat-solat berjamaah di masjid dan surau.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, di mana grup usrah kami sudah berlangsung hampir 10 tahun, pada bulan Ramadhan seperti ini kami akan berkumpul sekali sahaja bersama ahli keluarga masing-masing di rumah sahabat untuk berbuka puasa dan solat maghrib. Alhamdulillah kebanyakan sahabat hadir walaupun sebahagian sudah mula pulang ke destinasi kampung masing-masing.

Sungkai Usrah (1) Sungkai Usrah (2) Sungkai Usrah (3) Sungkai Usrah (4)

%d bloggers like this: