Tarikh : 2 Ogos 2013 (Jumaat)

Lokasi : SK Kimanis

Inilah penutup ceramah ramadhan tahun ini setakat mana yang saya diundang. Satu-satunya ceramah di sekolah yang ada mengundang ahli dewan negeri berbuka bersama. Lebih kemas pihak sekolah turut mengundang Imam Muda Ali Khairuddin dari Beaufort bagi menarik perhatian tetamu.

Majlis bermula dengan majlis khatam al-Quran yang berlangsung sebelum saya tiba. Slot ceramah saya bermula pada jam 5 petang dan berakhir sejam kemudian. Kedudukan audien berbeza dengan lokasi di tempat-tempat lain, kerana mereka duduk di meja bulat masing-masing, berhadapan dengan makanan untuk berbuka puasa. Ada ruang lompang di tengah kerana masih belum semua hadir.

Saya memilih berceramah di lapangan berbanding di atas pentas yang kelihatan jauh dengan audien. Saya selesa berjalan-jalan, bertemu dengan pakcik makcik di bawah dan anak-anak di belakang. Menariknya, program berbuka puasa ditaja oleh Petronas sambil turut dihadiri oleh wakil mereka.

SK Kimanis (1) SK Kimanis (2) SK Kimanis (3) SK Kimanis (4) SK Kimanis (5) SK Kimanis (6) SK Kimanis (7)