Archive for 7 Ogos 2013


SALAM EIDUL FITRI 1434

raya 1434

Kepada semua ahli keluarga, sanak saudara jauh dan dekat khususnya di Kota Kinabalu, WP Labuan, Sipitang, Lawas, Kuching, Brunei, Johor, Melaka dan Selangor.

Rakan-rakan seperjuangan di seluruh negara dan dunia, warga Maahad Tahfiz dan JHEAINS, rakan-rakan sepersekolahan sejak sekolah rendah, menengah, maahad hingga ke Mesir; jamaah masjid dan surau yang selalu berjamaah bersama dan mendengar kuliah; rakan-rakan fb dan peminat blog Abu Nuha Corner.

Semoga Allah SWT menerima amal soleh dan ketaatan kita, mengampunkan dosa-dosa kita semua serta berkekalan istiqamah dalam kebaikan. Mohon maaf atas kekasaran dan ketelanjuran selama saya berkarya di blog ini. Manfaatkan masa bercuti dengan berziarah dan mengeratkan ukhuwah Islamiyyah.

Tarikh : 2 Ogos 2013 (Jumaat)

Lokasi : SK Kimanis

Inilah penutup ceramah ramadhan tahun ini setakat mana yang saya diundang. Satu-satunya ceramah di sekolah yang ada mengundang ahli dewan negeri berbuka bersama. Lebih kemas pihak sekolah turut mengundang Imam Muda Ali Khairuddin dari Beaufort bagi menarik perhatian tetamu.

Majlis bermula dengan majlis khatam al-Quran yang berlangsung sebelum saya tiba. Slot ceramah saya bermula pada jam 5 petang dan berakhir sejam kemudian. Kedudukan audien berbeza dengan lokasi di tempat-tempat lain, kerana mereka duduk di meja bulat masing-masing, berhadapan dengan makanan untuk berbuka puasa. Ada ruang lompang di tengah kerana masih belum semua hadir.

Saya memilih berceramah di lapangan berbanding di atas pentas yang kelihatan jauh dengan audien. Saya selesa berjalan-jalan, bertemu dengan pakcik makcik di bawah dan anak-anak di belakang. Menariknya, program berbuka puasa ditaja oleh Petronas sambil turut dihadiri oleh wakil mereka.

SK Kimanis (1) SK Kimanis (2) SK Kimanis (3) SK Kimanis (4) SK Kimanis (5) SK Kimanis (6) SK Kimanis (7)

%d bloggers like this: