Tarikh : 2 Ogos 2013 (Jumaat)

Lokasi : SMK Likas

Kalau sebelah pagi saya diundang di SMK Perempuan, maka sebelah petang saya berziarah ke sekolah yang berjiran sahaja, SMK Likas. Sebenarnya jemputan hanya disampaikan pada jam 9 pagi, 5 jam sebelum program berlangsung kerana mengganti penceramah lain.

Saat saya bersetuju ke sini, saya lupa bahawa pada jam 5 petang saya mesti berada di Kimanis untuk satu ceramah terakhir Ramadhan kali ini. Akhirnya ceramah di SMK Likas ditetapkan pada jam 2 dan berakhir sejam kemudian supaya saya boleh bergerak ke Kimanis sejurus selepas itu.

Sebenarnya badan saya keletihan kerana berkejar ke sana sini. Sejak awal Ramadhan saya bercita-cita mengurangkan undangan, tetapi akhirnya jumlah undangan lebih banyak berbanding tahun sebelum ini dan saya pula jenis tidak tahu menolak undangan.

Mujurlah saya berhadapan pelajar yang baik-baik dan sporting jadi keletihan itu dapat ditampung dan terubat dengan kelakuan baik mereka. Terima kasih atas undangan sekolah.

SMK Likas (1) SMK Likas (2) SMK Likas (3) SMK Likas (4) SMK Likas (5) SMK Likas (6) SMK Likas (7) SMK Likas (8)