Archive for 6 Ogos 2013


Tarikh : 2 Ogos 2013 (Jumaat)

Lokasi : SMK Likas

Kalau sebelah pagi saya diundang di SMK Perempuan, maka sebelah petang saya berziarah ke sekolah yang berjiran sahaja, SMK Likas. Sebenarnya jemputan hanya disampaikan pada jam 9 pagi, 5 jam sebelum program berlangsung kerana mengganti penceramah lain.

Saat saya bersetuju ke sini, saya lupa bahawa pada jam 5 petang saya mesti berada di Kimanis untuk satu ceramah terakhir Ramadhan kali ini. Akhirnya ceramah di SMK Likas ditetapkan pada jam 2 dan berakhir sejam kemudian supaya saya boleh bergerak ke Kimanis sejurus selepas itu.

Sebenarnya badan saya keletihan kerana berkejar ke sana sini. Sejak awal Ramadhan saya bercita-cita mengurangkan undangan, tetapi akhirnya jumlah undangan lebih banyak berbanding tahun sebelum ini dan saya pula jenis tidak tahu menolak undangan.

Mujurlah saya berhadapan pelajar yang baik-baik dan sporting jadi keletihan itu dapat ditampung dan terubat dengan kelakuan baik mereka. Terima kasih atas undangan sekolah.

SMK Likas (1) SMK Likas (2) SMK Likas (3) SMK Likas (4) SMK Likas (5) SMK Likas (6) SMK Likas (7) SMK Likas (8)

Tarikh : 2 Ogos 2013 (Jumaat)

Tempat : Surau SMK Perempuan Likas

Sekolah ini sangat positif di hati saya, bukan baru tetapi sejak saya mengenal nama sekolah ini 5-6 tahun kebelakangan. Saya suka dengan latar pengenalan sekolah ini yang harmoni dan cintakan al-Quran. Justeru undangan ceramah saya terima dengan sangat gembira sekali, saya hanya perlu menambah dorong atas amalan yang telah mereka lakukan.

Anak-anak perempuan di hadapan saya sangat memahami dengan apa yang saya kehendaki dalam ceramah. Saya doakan mereka cemerlang dunia dan akhirat. Terima kasih para guru yang turut hadir bersama-sama di sisi mereka dalam majlis ini.

SMK Perempuan Likas (1) SMK Perempuan Likas (2) SMK Perempuan Likas (3) SMK Perempuan Likas (4) SMK Perempuan Likas (5) SMK Perempuan Likas (6)

%d bloggers like this: