Archive for 5 Ogos 2013


Tarikh : 1 Ogos 2013 (Khamis)

Lokasi : Hotel Tang Dynasty Wawasan Plaza Kota Kinabalu

Warga kami lebih ramai dan lebih meriah. Kali ini semuanya hadir dengan keluarga masing-masing termasuk puan pengetua, para pensyarah dan kakitangan bukan mengajar. Bersungkai bersama dan solat berjamaah. Semoga mengikat kukuh tali silaturrahim kami semua.

Sungkai MTQQNS @ Tang Dynasty (1) Sungkai MTQQNS @ Tang Dynasty (2) Sungkai MTQQNS @ Tang Dynasty (3) Sungkai MTQQNS @ Tang Dynasty (4) Sungkai MTQQNS @ Tang Dynasty (5) Sungkai MTQQNS @ Tang Dynasty (6) Sungkai MTQQNS @ Tang Dynasty (7) Sungkai MTQQNS @ Tang Dynasty (8) Sungkai MTQQNS @ Tang Dynasty (9) Sungkai MTQQNS @ Tang Dynasty (10)

Saya sempat meronda masjid dan surau di mana siswa-siswa kami ditugaskan sebagai imam solat tarawih kali ini. Ada yang bertugas setiap malam dan ada yang bertugas mengikut giliran. Alhamdulillah, saya mendapat maklum langsung daripada jamaah dimaksudkan, dan berada berjamaah di belakang imam, mendengar sendiri bacaan dan pergerakan solat yang mereka pimpin.

Hampir kesemua masjid dan surau yang ditugaskan itu pula saya mempunyai kenalan dan rakan-rakan di sana. Saya boleh katakan, pihak pengurusan masjid dan surau berpuas hati kecuali ada sedikit-sedikit kesilapan dalam bacaan, yang saya anggap mereka dalam proses belajar bermasyarakat.

Bagi siswa yang kami pilih khususnya pertama kali ada perasaan gugup dan gemuruh, justeru apabila salah sekali, maka akan berulang lagi kali kedua, ketiga dan seterusnya. Ada kalangan dari semester 3 yang belum sampai kepada surah atau juzu’ yang dikehendaki berlaku kesilapan dalam bacaan.

Walaubagaimanapun, saya sendiri mengalami dan mendengar banyak yang positif berbanding negatifnya. Apa pun, terima kasih atas kepercayaan masyarakat dan tahniah kepada siswa-siswa yang terlibat. Saya kongsikan foto-foto mereka sebagai penghargaan peribadi saya kepada mereka.

Imam Tarawih dari Maahad (1)

Mohd Asnawi dan Sahleyzan Ismail di Surau Riyadhus Solihin Taman Austral.

Imam Tarawih dari Maahad (2)

Khairul Anuar Doing dan Mohd Sabri di Surau Taman Sri Gaya Kepayan.

Imam Tarawih dari Maahad (3)

Mohd al-Hakim Jamil dan Mohd Sadri Md Ilmi di Masjid IPG Gaya.

Imam Tarawih dari Maahad (4)

Taufik dan Mohd Rizu di Masjid Kg Muhibbah Kepayan.

Imam Tarawih dari Maahad (5)

Hardi Haripuddin dan Hanif Jumat di Masjid al-Hilal Tanjung Dumpil.
Imam Tarawih dari Maahad (6)Mohd Khairul Abd Razak dan Mohd Subri Moksin di Masjid Politeknik Kota Kinabalu Sepanggar

%d bloggers like this: