Archive for 4 Ogos 2013


Tarikh : 1 Ogos 2013

Lokasi : Dewan Teater, Marina Club Sutera Habour

Sayangnya tidak ramai warga mereka yang hadir – hanya sekitar 20 orang – kerana pelbagai komitmen dan acara yang bertembung khususnya menyediakan jamuan berbuka puasa, namun dalam pengalaman berceramah atau tazkirah, ini tempat yang paling saya berpuas hati daripada segi sistem bunyi.

Maklumlah kawasan yang bertaraf 5 bintang sudah tentu kelengkapannya juga yang terbaik. Lucu juga kalau diingatkan apabila sehingga saya tiba ke sini 5 minit terlewat daripada jadual, saya belum tahu tajuk dan format program. Masuk ke dewan mini ini dari belakang baru saya melihat tajuk yang dipaparkan, bab iman.

Sambil berjalan menuruni tangga saya berfikir apa yang patut disampaikan. Kejutan berikutnya ialah bukan ceramah atau tazkirah tetapi gaya ala forum dan tanya jawab antara moderator dan saya. Tidak juga menyentuh sepenuhnya tajuk yang dipaparkan. Walaubagaimanapun, respon spontan abang-abang dan kakak-kakak bagai saya merasakan yang hadir adalah sepenuh dewan!

Terima kasih atas undangan dan reaksi positif mereka. Moga ada perubahan selepas Ramadhan.

Marina Club (1) Marina Club (2) Marina Club (3) Marina Club (4) Marina Club (5)

masjid-zahir-kedah-malaysia

1) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) :  di sini

2) YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden  PAS : di sini

3) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)  : di sini

4) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah : di sini

5) Jabatan Agama Islam Selangor : di sini

6) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan : di sini

7) Ekhutbah : di sini

8) YB Ustaz Nasrudin Hassan : di sini

Akan dikemaskini daripada masa ke masa.

%d bloggers like this: