Archive for 3 Ogos 2013


Tarikh : 3 Ogos 2013

Lokasi : Taman Kingfisher Likas

Sempena majlis berbuka puasa keluarga kami sebelah isteri, berkumpulnya anak-anak buah tahun ini Nuha menyambut ulangtahun ke-10 dalam suasana berpuasa. Alhamdulillah, umur beranjak kepada dua digit, dalam tempoh umur ini juga perkara yang paling mendebarkan ialah saat Nuha dibedah beberapa bulan lepas, kasihan saya melihatnya.

Dalam keadaan dirinya semakin membesar meningkat menghampiri usia remaja, Nuha sudah boleh diharap membantu umminya di dapur dan menjaga adik-adik, menjadi ketua dan memberi arahan. Sudah tentu masih banyak perlu dilakukan apatah lagi namanya anak-anak yang masih perlu bimbingan. Semoga Allah memberi kebaikan kepada Nuha dalam meniti kehidupannya.

Doa pembaca kami harapkan.

Nuha 10 (1) Nuha 10 (2) Nuha 10 (3) Nuha 10 (4) Nuha 10 (5)

Buku yang baru dibaca :

syeikh albuti

Penulis : Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri

Penerbit : Pustaka Cahaya Kasturi

Harga : RM16.00/RM18.00

Apabila berada di Syam dalam meneruskan tradisi ilmu, penulis kerap kali menghadiri majlis syeikh kerana ketika itu beliau dianggap di antara tokoh yang paling menonjol dan terbilang di bumi Syam.

Rakan-rakan penulis dari jauh seperti Halab, Salqin dan lain-lain apabila mengunjungi Kota Damsyiq biasanya tidak melepaskan peluang untuk mendengar buah fikiran syeikh dan mengikuti pelajarannya. Begitu juga penulis mendapati ramai pelajar dari dunia Arab yang menetap di kota Damsyiq seperti Algeria, Sudan, Mesir dan lain-lain juga menghadiri majlis ilmu Syeikh al-Buti.

Antara keistimewaan syeikh ialah bahasanya yang indah dan mudah difahami di samping ketinggian adab sasteranya yang begitu menyerlah.  Biasanya, dalam ceramah yang disertai oleh ramai ulama khususnya Ihtifal Maulidur Rasul maka Syeikh al-Buti akan menjadi penceramah terakhir dan menggulung perbincangan bahkan menambahkan fakta ilmiah yang baru berdasarkan pengamatannya yang mendalam.

%d bloggers like this: