Archive for 2 Ogos 2013


Masjid Jamek Putatan

Khatib : Ustaz Haji Mohamed Jadmin Mohd Soon

Lokasi : Masjid Jamek Putatan 

Walaupun telah diketahui umum bahawa zakat adalah satu rukun daripada Islam dan merupakan ibadah yang diwajibkan kepada umat Islam dengan syarat tertentu.

Bahkan zakat adalah satu sistem kehartaan dan ekonomi yang menjamin keadilan sosial dan mengharmonisasikan sebuah masyarakat.

Zakat bukan saja menghalang pembekuan harta malah, menggalakkan harta kekayaan itu beredar di kalangan anggota masyarakat dalam persekitaran ekonomi yang sihat.

Senario umum bahawa orang yang berada atau golongan hartawan akan menyempurnakan keperluan orang yang tidak berkemampuan, saling menghormati dan berkasih sayang dikalangan anggota masyarakat tanpa halangan darjat dan keturunan adalah manifestasi penghayatan ibadah zakat dan cerminan pengurusan dana zakat yang cekap lagi berkesan.

Dalam sebuah Hadith Rasulullah SAW telah bersabda semasa mengutus Muaz bin Jabal RA berkata: “Maka beritahulah oleh kamu kepada mereka bahawa Allah SWT telah mewajibkan dari sebahagian harta-harta mereka untuk disedekahkan (sebagai zakat), diambil dari orang kaya untuk diberikan kepada mereka yang fakir.” (HR Bukhari dan Muslim)

Menurut para Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah, Zakat terbahagi kepada dua bahagian iaitu Zakat Maliah dan Badaniah.

Zakat Badaniah atau Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan dengan kadar satu gantang Baghdad  makanan asasi lagi mengenyangkan bagi penduduk sesebuah negeri bersamaan 2 kilogram dan 700 gram mengikut timbangan metrik (bagi beras sebagai makanan asasi di Malaysia) ke atas orang Islam laki-laki dan perempuan, hamba sahaya atau merdeka dengan syarat-syarat berikut :

• Masih hidup di kala matahari terbenam di hari akhir bulan Ramadan atau meninggal dunia selepas terbenam matahari pada hari akhir bulan Ramadan;

• Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadan dan hidup selepas terbenam matahari;

• Mempunyai sesuatu (makanan / harta / wang) yang lebih daripada keperluannya dan orang yang disarainya untuk satu hari dan satu malam (raya); dan

• Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada hari akhir bulan Ramadan dan berkekalan Islamnya.

Dalam sebuah Hadith riwayat Imam Muslim berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW telah memfardhukan Zakat Fitrah pada bulan Ramadan ke atas manusia dengan mengeluarkan satu gantang Baghdad kurma atau sya’er (gandum) ke atas tiap orang merdeka atau hamba, laki-laki atau perempuan yang terdiri daripada orang Islam.”

Tarikh : 1 Ogos 2013

Lokasi : Surau al-Insyirah, Kolej Vokasional Beaufort

Pengalaman berkunjung dan berceramah di lokasi yang pertama kali hadir, sangat merujakan. Ini termasuklah di kolej ini di hadapan seluruh warganya termasuk pengarah dan tenaga pengajar. Tiada seorang kalangan mereka yang saya kenali, dan ini menyebabkan kenalan saya bertambah.

Sempena sambutan Ramadhan peringkat kolej ini, mereka turut mengadakan pelbagai pertandingan untuk memeriahkan bulan mulia dan cinta kepada agama. Tahniah kepada seluruh warga kolej dan terima kasih atas undangan yang diberikan.

KV Beaufort (1) KV Beaufort (2) KV Beaufort (3) KV Beaufort (4) KV Beaufort (5) KV Beaufort (6) KV Beaufort (7) KV Beaufort (8) KV Beaufort (9)

%d bloggers like this: