Tarikh : 26 Julai 2013 (Jumaat)

Tempat : Pusat Islam, Politeknik Kota Kinabalu Sepanggar

Asal giliran saya ialah pada isnin malam selasa, kemudian bertukar dengan Ustaz Jumat al Belurani mengambil slot tentang malam al-Qadr sementara saya dengan tajuk nuzul al-Quran. Masjid PKK ini bukan asing kerana saya pernah berforum satu ketika dengan Ustaz Essraq dan berkhutbah jumaat beberapa tahun lalu.

Manusia selalu terpedaya dengan masa muda dan lapangnya. Apalah susahnya dengan sedikit masa setiap hari dijadualkan masa untuk tilawah dan hafaz al-Quran sedikit demi sedikit. Mulakan hafaz dengan surah-surah lazim, kemudian surah-surah popular dan pilihan.

Mohon juga pihak Pusat Islam menjadualkan program tasmik hifzul Quran ini secara mingguan (contohnya), mudah-mudahan apabila tamat menuntut di sini, ada sekian surah dan juzu’ yang sudah dihafaz.¬†Demikian antaranya.

PKK (1) PKK (2) PKK (3) PKK (4) PKK (5) PKK (6)