Archive for 27 Julai 2013


Tarikh : 26 Julai 2013 (Jumaat)

Tempat : Dewan Terbuka, SMK Sanzac

Berhadapan dengan semua pelajar yang sangat memahami, saya suka sesi ceramah di sini walaupun tempohnya sekitar 45 minit sahaja. Sangat padat, respon yang spontan, guru bahkan tuan pengetua hadir bersama duduk di belakang.

Oleh kerana puasa sebagai amalan yang tidak dapat dilihat, maka ada sesuatu yang saya kaitkan berkaitan asas dan permulaan amalan manusia iaitu masalah niat dan keikhlasan. Puasa mengajar kita erti ketulusan dan kejujuran biarpun amalan itu pada zahirnya nampak baik tetapi kita sendiri mengetahui kerana siapa dan apa kita melakukannya.

Saya gembira sekali dapat tampil di sini. Terima kasih buat Ustaz Murtadha yang mengundang jemputan serta seluruh warga sekolah.

SMK Sanzac (0) SMK Sanzac (1) SMK Sanzac (2) SMK Sanzac (3) SMK Sanzac (4)

Tarikh : 26 Julai 2013 (Jumaat)

Tempat : Masjid as-Salam Kem Lok Kawi

Setinggi tahniah atas usaha baik Kor Agama Tentera (KAGAT) RAMD yang mengambil inisiatif untuk mengadakan qiyamullail pada 2/3 malam terakhir dan kemudian solat subuh berjamaah dan kemudian diakhiri dengan kuliah subuh sebagai penutupnya.

Andai kita sebagai manusia memerlukan bantuan orang lain semasa hidup di dunia ini, maka bayangkan pula di dataran mahsyar nanti. Seluruh manusia berkumpul daripada manusia pertama sehingga manusia terakhir, dengan serba serbi kelemahan diri, bagaimana manusia hendak berhadapan dengan Rabbul Jalil.

Maka di dunia ini, antara perkara yang dianjurkan setelah kita beriman kepada rukun-rukun iman dan melakukan ibadah-ibadah asas fardhu ain ialah memperbanyakkan tilawah al-Quran sebagai zikir yang utama. Sebab Nabi SAW menjelaskan bahawa al-Quran akan datang pada  hari kiamat memberi bantuan kepada mereka yang membacanya semasa di dunia dahulu.

Ayuh jadualkan diri dengan tilawah al-Quran.

Masjid Kem Lok Kawi (1) Masjid Kem Lok Kawi (2) Masjid Kem Lok Kawi (3) Masjid Kem Lok Kawi (4) Masjid Kem Lok Kawi (5)

%d bloggers like this: