Tarikh : 20 Julai 2013

Tempat : Rumah kami..

Majlis berbuka puasa yang menggabungkan 3 kumpulan tetamu. Asalnya untuk sahabat-sahabat sepersekolahan di Toh Puan Hajah Rahmah. Ramai yang berhalangan, dan yang datang hanya tiga orang iaitu Inun Mamit, Noramisah Ongki dan Shofiah Ismail sekeluarga.

Saya mengundang juga keluarga semester 5 Maahad Tahfiz al-Quran. Alhamdulillah, hampir kesemua hadir kecuali mereka yang bertugas untuk imam tarawih dan ada yang balik kampung. Mereka telah menceriakan majlis kami.

Kehadiran saat akhir ipar duai sekeluarga menambah meriah majlis sungkai kali ini. Kebetulan dua hari sudah ada musibah berlaku di Aloh Gajah apabila atok kepada isteri saya meninggal dunia dalam usia 89 tahun. Jadi saat akhir sebelum berbuka kami mengadakan sedikit majlis tahlil dan doa arwah secara ringkas.

sungkai (6)

Sungkai (1) Sungkai (2) Sungkai (3) Sungkai (4) Sungkai (5)