Archive for 20 Julai 2013


Pada mulanya maklumat dari Mesir mengatakan ketibaannya pada jam 9.30 malam, kemudian sesampai kami di Terminal 1 KKIA, maklumat terbaru pada jam 10.40 malam. Kami pulang semula menghantar anak-anak dan datang kembali pada masa yang ditetapkan. Kembali ke KKIA, bertemu kedua orang tuanya, maklumat terkini ketibaan pada jam 12.40 malam pula. Akhirnya insan yang dinanti muncul pada jam 1 pagi.

Maslinah Mohd Rosdi, yang kembali ke tanahair 18 Julai lepas, suatu ketika adalah siswi Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah dan kemudian menyambung pengajian di Maahad Qiraat Fatayat di Mansoura Mesir selama 3 tahun. Seketika selepas menyelesaikan pengajian di Maahad Tahfiz di Kepayan, Mas bertugas di Pusat Pendidikan Islam an-Nur (PPIAN), pertama kalinya di Taman Sempelang sebelum Mas dipindahkan di Kepayan sebelum berangkat ke Mesir.

Sengaja saya mencatatkan satu artikel di blog ini untuk pengetahuan para pelajar maahad, pelajar di PPIAN dan jamaah Surau Riyadhus Solihin Taman Austral Kepayan yang ramai mengenalinya. Terkenang saat di KKIA tempohari, saya melihat wajah kerinduan ibu dan bapa mereka terhadap anak perempuan mereka ini yang berada seawal jam 10 malam, sementelahan ada dua lagi anak mereka yang berbaki di Mesir – Masri & Suraida.

Kata Masri lewat catatan facebook, Maslina bersedia untuk dimanfaatkan bagi kerja-kerja jamaah dan dakwah. Insya Allah.

Maslina (1) Maslina (2) Maslina (3)

Tarikh : 19 Julai 2013 (Jumaat)

Tempat : Klinik Kesihatan Penampang

Alhamdulillah, undangan tahunan di klinik ini melalui Dr Rokiah Aziz seawal sebelum Ramadhan lagi akhirnya berjalan lancar sebagaimana yang dijadualkan. Kehadiran yang sangat memuaskan, dengan turut disertai warga Klinik Kesihatan dari Putatan, Tuaran dan Papar. Suatu program yang wajar diteruskan walaupun selepas Ramadhan. Tahniah.

Klinik Kesihatan Penampang (1) Klinik Kesihatan Penampang (2) Klinik Kesihatan Penampang (3) Klinik Kesihatan Penampang (4) Klinik Kesihatan Penampang (5) Klinik Kesihatan Penampang (6) Klinik Kesihatan Penampang (7)

%d bloggers like this: