Seperti kebanyakan masjid dan surau di tempat lain, Surau Riyadhus Solihin Taman Austral Kepayan meneruskan aktiviti pengimarahan Ramadhan. Kami sekeluarga menumpukan masa dan tempat kami bertarawih tahun ini di surau ini kecuali jika ada undangan di tempat lain.

1) Majlis Sungkai Jamaie setiap hari. Justeru surau dengan sokongan dan dokongan masyarakat yang prihatin dapat menyediakan keperluan tersebut dengan kos sebanyak RM800 sehari untuk 100 orang jamaah. Bahkan dengan kos yang sama, boleh menampung 3 kali jamuan – iaitu berbuka ringkas, jamuan berat (selepas solat maghrib) dan jamuan moreh selepas tarawih.

2) Solat Tarawih dan tazkirah. Surau menjemput pelbagai ustaz dan pendakwah sebagai imam bermula daripada solat isyak hingga selesai witir. Selesai 4 rakaat tarawih, imam akan mengambil tempat dan masa untuk memberi tazkirah atas pelbagai tajuk. Surau ini juga sebagai salah satu lokasi siswa maahad ditugaskan sebagai imam mengikut jadual yang ditetapkan.

3) Majlis Tadarrus al-Quran. Sebagaimana Ramadhan disebut sebagai bulan al-Quran, maka sesi tadarrus al-Quran diadakan selepas solat witir. Dua halaqah dibina masing-masing untuk muslimin dan muslimat.

4) Majlis penyampaian sumbangan kepada fakir miskin, anak yatim dan muallaf. Majlis ini dijangka diadakan pada 27 Julai 2013 (Sabtu). Selain itu surau menjadi lokasi pengumpulan beras untuk diagihkan ke lokasi tertentu yang berhajat seperti di Pitas, Kota Belud, Penampang dan lain-lain.

5) Aktiviti-aktiviti tafaqquh fiddin yang akan diadakan dari masa ke masa dengan mengundang pendakwah dari pelbagai tempat.

Ramadhan @ Surau Taman Austral (1) Ramadhan @ Surau Taman Austral (2) Ramadhan @ Surau Taman Austral (3) Ramadhan @ Surau Taman Austral (4) Ramadhan @ Surau Taman Austral (5) Ramadhan @ Surau Taman Austral (6) Ramadhan @ Surau Taman Austral (7) Ramadhan @ Surau Taman Austral (8) Ramadhan @ Surau Taman Austral (9) Ramadhan @ Surau Taman Austral (10) Ramadhan @ Surau Taman Austral (11) Ramadhan @ Surau Taman Austral (12) Ramadhan @ Surau Taman Austral (13) Ramadhan @ Surau Taman Austral (14)